Friday, November 20, 2009

Gastric + germ's infection + fever + flu = so....sick

20/11/2009(Friday)- Pagi-pagi buta sudah pergi ke hospital. Buat apa disana? Oleh kerana tidak tahan lagi sakit gastric ini, Fath membuat keputusan ke hospital berhampiran, Lebih kurang jam 12.30 a.m Fath memandu seorang diri kerana Pada masa itu semua ahli keluarga Fath sudah tidur, oleh kerana tidak mahu mengganggu tidur mereka Fath menghubungi adik angkat Fath yang baharu sahaja pulang dari kerja, untuk menemani Fath sepanjang disana nanti.

Nasib baik tidak ramai orang di hospital terbabit. Mungkin tidak ada apa-apa dengan gastric ini tetapi jikalau ia tidak pulih dari sepatutnya bagaimana pula?. Dengan pantas kakitangan hospital terbabit menjalankan kerja, mengambil darah dan ujian air kencing. Pertama kali tangan dicucuk di atas tangan. agak sakit. Kalau nak baik cepat sakit pun tidak kisah, mereka memberi Fath makan ubat gastric atau lebih dikenali 'ubat kapur' pesakit gastric tahu lah, kemudian mereka memasukkan sejenis ubat gastric juga kedalam tiub ditangan tadi. ubat yang bewarna putih jernih ini adalah ubat paling kuat untuk gastric dan pantas. Tunggu pula 2 jam lagi untuk mengetahui keputusan sakit sebenar. Dalam masa itu sempat juga kami minum dikedai mamak berhampiran. Kesian amat lapar. Lebih kurang jam 3 pagi doktor mengesahkan perut Fath dijangkiti kuman. patutlah badan belakang Fath sakit memanjang.

Pulang memandu seorang diri selepas menghantar amat di motornya. Terima kasih teramat kepada amat, adik angkat kesayangan Fath yang baik hati menemani Fath.Sayang kamu.Terima kasih juga pada Deng yang sentiasa di sisi dan sentiasa mengambil berat dan menyanyangi Fath.Love u always. Tidak lupa Izzat dan Engku yang juga 'caring' dan tidak jemu bertanyakan khabar berita sepanjang Fath disana. Sayang mereka juga.