Thursday, November 19, 2009

Gastric!!!


18/11/2009(Wednesday)-Sakit ini tidak dapat dikawal lagi dan teramat sakit. Sehingga tidak dapat tidur.Pada awal nya memang tidak dapat agak penyakit sebenar. Tetapi ia datang secara tiba-tiba selepas makan semalam. Mungkin kerana lewat makan. Oleh kerana tidak mahu memanjakan badan sendiri maka biarkan sahaja.

Sakit yang teramat menyebabkan segalanya serba serbi salah. Menunggu pagi cerah. Lebih kurang jam 7.30 pagi Fath mandi dan bersiap keluar terus ke klinik berhampiran dengan rumah Kak Ton. Sah! memang Fath diserang gastric lagi. dan ini merupakan kali ke-2 diserang , Bukan sengaja membiarkan perut diserang gastric tetapi memang tidak sengaja atas kerana masa untuk makan tidak menentu. pertama kali ia menyerang adalah 2 tahun lalu. Dimana masa itu Fath langsung tidak tahu ia adalah gastric, bukan kata perut sahaja sakit tetapi nak telan air pun pedih teramat di bahagian ulu hati.

Mungkin ada yang anggap gastric ini adalah sakit perut sahaja. Padahal ia amat merbahaya jika ia ditahap kronik dan amat menyeksakan. Oleh kerana tidak tahan diserang gastric ini, doktor memberi injection untuk mengurangkan rasa sakit serta ubat untuk memulihkan keadaan perut, secara tidak langsung Fath tidak dapt makan dengan sesuka hati iatu hanya boleh minum sup, 100 plus(tidak sejuk), kemudian makan makanan yang lembut sahaja. Ini kerana perut mungkin terluka dihakis asid.

Oleh itu doktor memberi Fath cuti sakit untuk berehat. Berehat Fath dirumah family. Tetapi kali ini keadaan perut amat sukar untuk pulih.

Pengajaran juga kepada semua, jangan melewatkan makan dan jangan membiarkan perut kosong dalam tempoh yang lama, apabila sudah diserang amat susah dan perit untuk dipulihkan serta memakan hari untuk menjadi sedia kala.

No comments: