Sunday, November 22, 2009

Everything will be ok..


21/11/2009(saturday)- Nasib hari ini adalah hari cuti, tidak payah ambil M.C lagi. Demam mengejut boleh dikatakan.Selepas balik dari hospital kelmarin,iaitu 20/11/2009(jumaat) bangkit pagi sahaja terasa tidak sedap badan, tetapi tetap terus bersiap untuk ke kantor. Setiba sahaja dikantor, badan terus tidak boleh tahan lagi, demam ini telah menguasai. Tiada pilihan lain, Fath terus menalifon Andrew, meminta tolongnya untuk mengantikan kerja Fath, padahal dia cuti, maaf ya...Fath benar-benar tidak sihat.Andrew datang secepat mungkin, terus Fath dapat pulang dan berehat. Terima kasih andrew.

Berbalik pada cerita hari ini...Fath masih lagi belum sembuh dari demam.Tetapi masih boleh bergerak melakukan aktiviti biasa. Seperti yang kakak rancangkan, kami adik beradik beriadah bermain bowling di Alamanda, Putrajaya.

Disebalik itu Fath selitkan juga pertemuan kawan-kawan sekolah walaupun seketika. Hajar..mahu memberikan kad jemputan kahwin dia pada 5hb, december ini...


Eh??kenapa Asiyah pula yang bagi kad kahwin ni...hahahha!!

Sebelum pulang Fath dan adik beradik , kami membeli donut dari 'big apple'!! yummy!!!!Demam pun demam la..janji happy!!

No comments: