Saturday, November 14, 2009

Farah Darlina@ Ayang bertunang!!



14/11/2009(saturday)- 14 nombor kegemaran Fath dan ia secara tidak sengaja menjadi tarikh pilihan ayang , iaitu sepupu Fath sebelah mama. Walaupun kami sama datuk dan berlainan nenek , tiada wujud sebarang jurang apa-apa pun. Ayang ataupun nama sebenarnya Farah Darlina adalah anak ke-3 dalam adik beradiknya, secara tidak langsung pertunangan ini adalah dikira langkah bendul kerana kakaknya , Farah Dayana masih lagi status bujang. Kami semua daripada saudara mara sebelah ayah Ayang sangat gembira atas perihal baik ini. Umur tidak menjadi persoalan walaupun masih berumur 21 tahun.



Majlis berlangsung dirumah keluarga Ayang di Ampang diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para hadirin. Merah jambu pilihannya membuatkan ceria dan comel sesuai dengan bakal pengantin ini. Ayang memang comel. lagi-lagi dikenakan dengan sepasang baju putih melengkapkan majlis pertunangan nya.


Fath tiba bersama Nisah iaitu adik Fath tepat jam 2.30 petang setelah mengharungi keadaan jalan yang sesak telah melambatkan ketibaan ramai tetamu yang menggunakan jalan MRR2. Lebih kurang jam 3.30 petang acara bermula diselitkan juga pantun dari sebelah pihak kami. memang memeriahkan suasana. Selesai segala perbincanagan jam 4 petang dan para hadirin mula menjamu selera, hujan mula turun tanda rahmat. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Lebih kurang jam 5 petang Fath gerak ke kantor. Kerja tidak boleh dilengah-lengahkan. Segalanya baik.


Disini Fath ingin mengucapkan tahniah buat Ayang dan sekeluarga atas pertunangan Ayang dan pasangan nya. Semoga jalinan ini menuju ke arah sebenar iaitu di ijab kabul kan sebagai suami isteri. insyaAllah jika tiada sebarang halangan mereka akan di ijab kabulkan pada julai, 2010. Amin.

No comments: