Saturday, August 1, 2009

Stuck

01/08/2009(saturday)-Hari yang sepatutnya cuti tapi tak jadi cuti atas sebab tertentu.Apa yang pasti , hari ini adalah hari 'stuck' satu Kuala Lumpur.Berita ini Fath dapat tau awal minggu ni lagi mengenai perhimpunan haram atau demonstrasi yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur.Maka dengan itu Fath memutuskan supaya tidak balik ke Kajang dan batalkan hari cuti Fath untuk hari ini.Keputusan untuk bekerja hari ini lebih afdal kerana kesesakan lalu lintas akan berlaku dan sedang berlaku di sekitar Kuala Lumpur lagi sekarang ini.Bertubi-tubi mesej yang Fath terima dalam talifon dimana rakan-rakan Fath terkandas dalam kesesakan lalu lintas termasuk rakan-rakan sekerja yang tiba lambat.Apa pun mereka selamat sampai ia cukup memadai.Fath bernasib baik terselamat dari mala pertaka tersebut dengan bermalam dirumah Kak Ton di Damansara Height selama seminggu telah menyelamatkan segala schedule dalam minggu ini.Tetapi kepala Fath pula yang stuck, 24/7 asyik berfikir mana tak pening..Fath perlukan rehat yang panjang agaknya...tetapi biar segala kerja yang penting dibereskan terlebih dahulu. Teringat pula 22hb ini insyaAllah umat islam akan berpuasa.Seronoknya!.Bulan ini ternyata bulan paling sibuk yang Fath akan lalui ,harap Fath dapat harungi dengan baik.insyAllah. Dimasa-masa ini pula Fath rindu pada Deng yang berada di Johor atas dasar kerja.InsyaAllah apabila dia pulang nanti Fath akan ambil cuti untuk diluangkan bersama dan jauhkan segala aktiviti yang melibatkan kerja.Diharapkan begitu jika tiada sebarang halangan.Jam pun sudah menunjukkan pukul 5.32pm tiba masa Fath untuk pulang akan tetapi Fath akan ke gym terlebih dahulu untuk mengelakkan diri dari terlibat dengan jalan sesak didalam Mid Valley ini...perjalanan ke Damansara Height /Bangsar tidak mempunyai masalah kesesakan pun.Kepada pengunjung blog Fath yang telah terlibat kesesakan lalu lintas yang Fath maksud kan itu , harap bersabar ye. Mari kita melapangkan fikiran dengan bersenam..hihi..mahupun rehat dirumah bersama keluarga..mama dan ayah..esok insyaAllah Fath balik rumah..rindu pula walaupun baharu seminggu berjauhan.have a nice day!.

No comments: