Friday, August 28, 2009

what should i do..


Jangan samakan hari ini sama dengan semalam mahupun esok atau sebagainya.Setiap hari adalah berlainan.Hari yang biasa sahaja sebenarnya hari ini, cuma bezanya sesuatu berlaku pada kereta kesayangan Fath. Seperti biasa ayah akan menggunakan kereta Fath untuk menghantar adik ke kantor di Bangi itu pun jikalau Fath ada dirumah. Tiada masalah sebenarnya cuma apabila Fath memeriksa air dan minyak hitam kereta dan ia berlaku apabila tiba di stesen minyak. Semasa Fath keluar dari kereta dan terus menekan butang hijau untuk 'lock' kereta sejurus menutup pintu kereta.Tiba-tiba kereta Fath berbunyi seperti ada sesuatu yang tidak kena. Fath tidak menghiraukan 'lock' sahaja ia dengan menggunakan kunci supaya ia diam.Setiba di kantor Fath parking kereta seperti biasa dan ia berlaku sekali lagi setelah menekan butang hijau untuk mengunci kereta.Mood Fath berubah secara langsung.Apa-apa yang berlaku terhadap kerta Fath secara tidak langsung effect mood Fath satu hari. Hampir lupa pula ada photoshoot di showroom dengan Majalah Apartment untuk keluaran Oktober. Terima Kasih Faizal Oda @Oda. Semasa photoshoot mood tiba-tiba sahaja ada, selepas itu mood kembali malap.Harap tidak ada yang yang rosak mahupun sebagai nya terhadap kereta Fath .Jikalau benar silap Fath akan bateri remote yang lemah ataupun sesuatu yang tidak rapat pada kereta, Fath boleh terima dengan baik, jikalau tidak muram memanjang. Kalau mengenai perkara lain tidak mengapa, jangan pada second boyfriend Fath (viva). Balik nanti Fath akan check semula apa yang tidak kena setiba dirumah ayah akan membantu jikalau ia masih bermasalah.Hati sudah tenang diwaktu ini.Ikut hati pasti kecil perkara yang berlaku tadi.

No comments: