Monday, August 24, 2009

Thinking Of Something

Both hands tied behind my back for nothing,These times when climb so fast to fall, again Why gotta fall for it, now...panjat menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah sehinggakan hampir jatuh...Dengan bekalan tenaga yang cukup tidak memadai sekiranya ada yang menggangu konsentrasi dalam sesuatu keadaan itu.Mungkin juga kerana terlalu berat bekalan yang dibawa sehingga membebani badannya ketika itu.Sehingga kepenatan tidak terkata.Memerlukan pula rehat yang cukup akan kesakitan dan kepenatan yang dialaminya selama dipertanggungjawabkan.Bermula kembali tanggungjawab itu dalam kekurangan masa yang masih tidak cukup untuk hati yang ramai.Mengharapkan semua mengerti akan apa yang dirasai. Sabar juga perlu ada pada yang lain dengan apa yang tercatat dalam jadual yang padat.Ramadhan dipilih untuk berehat seketika daripada segala tanggungjawab tambahan seperti lepas.Secara tidak langsung menghampakan sedikit hati beberapa insan yang terpilih.Bukan sengaja cuma masa tidak mengizinkan dan terikat dengan tanggungjawab wajib.Bila dipusingkan sama seperti tanggungjawab yang lain dimana masa yang lain juga kadang-kadang tidak mengizinkan untuk diluangkan.Ia tidak menjejaskan apabila aktiviti kosong terus diisikan dengan sesuatu yang berfaedah untuk diri sendiri.Mengerti dengan ikhlas sangat dihargai.

No comments: