Monday, August 17, 2009

Kurang Masin Rasa Pahit Hilang Manis Pedas pula

Rasa itu tidak akan dirasai oleh si lidah kelat, tidak juga dirasai oleh kucing yang tidak mempunyai keistimewaan itu mungkin juga pada binatang lain.Rasa itu sedia maklum tahu ia datang dari lidah bukan pada anggota deria yang lain, anggota itu sememangnya sukar untuk dikawal .Belajar untuk ilmu kawalan perlukah? Apa yang hendak di mengajikan pula ,padahal tindakan itu bergerak dengan sendirinya, jangan pula tanya mengapa dan bagaimana, itu kuasa Maha-Esa. Apa yang dirasa tidak akan dirasai oleh yang lain walaupun ia dapat digambarkan dengan menggunakan bunyi, pergerakkan mahupun tulisan dan gambar. Sama Tepat kah rasanya? Sama juga jikalau sesuatu berita mahupun cerita tidak disampai dengan elok dan tepat , tafsiran akan berubah dan terpesong sama sekali. Apa topik pun, tidak kira ceramah, cerita dongeng, cerita panas, semua boleh berubah, berborak juga diambil kira , 'berlapik' kata orang, lapik pakai apa pula? tak kan pakai dulang kot? jangan berfikiran sempit ataupun pendek.Panjang akibatnya nanti.Kawal semua panas mahupun sejuk. pelbagai rasa dirasai tapi kepunyaan lain yang indah dan gelap. yang indah itu dapat dirasai juga dari jauh ,amat indah tetapi yang dekat bertarung rasa yang langsung tidak enak , tidak pula dimahunya. Gelap pula tiba , gelap yang boleh dicerahkan jika ia dikawal dengan baik. Tetapi perkara berulang tanpa henti hilang lah manis, pedas lah yang dapat. Yang lain pasti sudah lali akan itu yang amat menghampakan. Perubahan harus dilakukan untuk kebaikan dan ketenangan hidup sekali ini. Menyesal tidak harus ada. Semua rasa harus dirasa bezanya bagaimana mengendalikan nya. Jalan lurus nampak seperti berliku jika dipandang dengan mata yang salah. Ketenangan fikiran yang dijalani sekarang biar yang pelbagai rasa itu. biar ia jalani sendiri.

No comments: