Saturday, August 22, 2009

1st day fasting


Sejuk dirasai pagi ini kira-kira jam 5 pagi tadi.Riuh awalnya suara bonda membangunkan anak-anaknya untuk bersahur bersama.Masakan siap dimasak tengah malam tadi disedari setiba ku dirumah jam 12 p.m,Kurma ayam menu utama membuka selera semua.Ditambah beberapa lauk yang lain.Santaplah dengan bismilah dalam kuantiti yang memadai sebagai sahur.Segelas air kosong diteguk membasahi tekak di akhir santapan.Alhamdulillah tanda syukur.Solat subuh kemudianya lalu tertidur pula dikala berborak dengan bonda dengan pelbagai cerita yang dikira tidak pernah ada penghabisannya.Terjaga tepat jam 7.30 pagi merelakan badan ini untuk beribadat mencari rezeki halal dan terus bersiap. Seperti biasa mulakan perjalanan jam 9 pagi ,selamat tiba pula jam 9.20 a.m. Mood adalah seperti biasa tetapi berubah disebelah petangnya.Terima Panggilan dari 'genit' itu mengubah suasana tetapi berjaya dikawal perasaan dengan sabar.Entah apa yang dimarahi sangat dari mula bualan hingga akhirnya nadanya tidak berapa enak didengar.Layani sahaja.Bukan setakat itu malahan tempoh hari pun 'genit' itu melontar kata-kata yang tidak sepatutnya.Sungguh mengecewakan.Maksudnya kini 2 kes 'genit' cari pasal dalam minggu ini.Memang menguji tahap kesabaran.Hari pertama berpuasa ada dugaanya.Tenang seketika memikirkan santapan untuk berbuka nanti oleh kerana berbuka sendirian di kantor untuk hari pertama puasa ini tetapi bukan buat pertama kali dalam sejarah hidup, biasa sudah akan ia.Sambung menyiapkan kerja-kerja yang tergendala tadi.Selamat berbuka kepada semua umat islam.

No comments: