Wednesday, August 26, 2009

Hari puasa ke-5

26/08/09(wednesday)- Hari cuti bagi Fath selama ini ia tersimpan sahaja, Hari yang dipilih untuk berehat dan bersama keluarga semata. Dari sahur bersama sehingga la terawih. Puasa yang le-5 menjadi bererti buat Fath akan kerana hari pertama Fath berbuka bersama keluarga dalam Ramadhan 2009 ini. Bermula dengan sahur bersama jam 5.15 pagi selesai sahur solat subuh pula tiba-tiba Fath menyuarakan hasrat ingin menyantap badak berendam sebagai salah satu juadah berbuka nanti .Tidak terfikir pula tepat jam 10 pagi , ayah sudah memetik buah kelapa didepan rumah untuk dijadikan inti dan kuah untuk kuih itu nanti.Juadah itu untuk hari ini. Gembiranya. Tepat jam 12.30 tengah hari Fath dan ayah ditemani adik bongsu Fath pergi ke Tesco, kajang membeli barang keperluan daput untuk juadah berbuka utama kami, Tomyam.
Lebih kurang jam 4.30 petang Fath dan mama sudah mula membuat kuih bdak berendam bersama-sama sehingga selesai. Tidak lama kemudian Enya datang bertandang bersama Ana untuk membawa bekalan badak berendam tersebut untuk berbuka semasa dalam perjalanan ke LCCT.Enya ke Sabah untuk melancong.Baik-baik ditempat orang.


Dalam waktu yang sama ayah menyediakan bahan-bahan untuk tomyam.Kemudian kami masak beramai-ramai.Tepat jam 7.23 p.m azan berkumandang ,menandakan sudah tiba waktu berbuka bagi kawasan Hulu Langat dan Wilayah Persekutuan.Bacaan doa dialunkan oleh adik lelaki Fath,Alhamdulillah rezeki hari ini enak dengan buatan tangan sendiri.Kenyang pula menyantap seulas kurma,segelas air kiwi+epal dan 2 badak berendam.Tomyam akan dimakan kemudian nanti setelah pulang terawih.Sekarang Fath hendak solat maghrib dan bersiap ke surau untuk terawih pertama Fath dalam Ramadhan kali ini. Seronok hari ini dapat beribadat.Alhamdulillah.Jom kita pergi sembahyang terawih!

5 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

woaaa.. sedapnye..
tersalah baca time nih..
dah mula berkeroncong plak prut nih..
^_^

:: Husniyyah Alhusna :: said...

uwah..
perfect day my dear!
gue di sabah baaa!~
heheheh

isabelle said...

ganaznye fath...
siap mkn badak tuuuuu... :P

siti fathiyah said...

org sabah bah enya dh.

siti fathiyah said...

pas ni mkn dugong lak.hihi.