Friday, August 21, 2009

Ramadhan menjelma kembali

Menjelma kembali kini,jelmanya pula hanya setahun sekali,penantian harus ditanggung bagi sang penanti.Mulia sekali yang dimaksudkan itu.Itu adalah Ramadhan.Tenang hati sepanjang Ramadhan semulia bulan bagi umat Islam dari dulu,kini dan selamanya dengan beramal dalam apa jua bentuk dan perkara.Beramal tidak perlu kira masa,duit mahupun kebendaan semata, Pelbagai akan ia menjadi perkara baik sudah dikira beramal untuk menutup dosa-dosa kecil antara Ramdhan yang lewat sampai dengan Ramadhan yang lewat sampai dengan Ramadhan berikutnya.Senang untuk mendapat ganjaran, khusus bagi yang berpuasa itu disediakan pintu khusus yang bernama Rayyan untuk memasuki Jannah. senang juga dapat balasan bagi yang ingkar.Peluang yang mudah jangan dipersiakan dan wajib dilaksanakan itu yang paling utama.Beribat tidak kira darjat,umur dan jantina tidak kira siapa yang bertutur akan ia.Keikhlasan dialukan daripada yang buruk sangka akan kebaikan.Lumrah makhluk yang istimewa punyai akal fikiran.Dikira ada 'syaitan' jadian dalam Ramadhan.Biasa akan itu. Maka jauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran.



Indah dimata,Indah melakukan ,indah lagi dalam hati.Sambut yang baik belaka dengan hati terbuka indah lah dunia itu.Indah dalam semua perkara.Syukur buat Maha-Esa yang telah menentukan segalanya.Penerimaan tidak menyesalkan.Hubungan sesama umat amat membanggakan.Ramadhan lewat lepas adalah yang terindah akan penerimaan sesuatu yang teramat indah.Indahnya hati berbunga tanpa perancangan dan tidak di duga.Ikhlas bertutur dari hati itu dan balasan tuturan itu juga dengan keihklasan yang berbunga.Seperti baharu terbit peristiwa indah itu .Ramadhan saksinya.Kembali ia kini membawa tempoh setahun.Syukur.Harap yang terbaik dan berkekalan dengan tabah akan pelbagai ujian yang mendatang sehingga mencapai keinginan ikhlas selamanya dua insan ini.amin.Indah Ramadhan bagi segalanya.Indah bagi semua untuk merasakannya bersama.Berkongsi cerita liku-liku hidup di akhir zaman.

No comments: