Sunday, August 16, 2009

white vs Black

16/08/09(sunday)-Cuaca yang baik dipagi hari dan sesuai untuk berehat.Tetapi Fath terpaksa pergi ke showroom kerana ada perkara yang perlu diselesaikan, ia hanya lah sebentar sahaja, kesihatan badan tidak mengizinkan.Setiba sahaja, Boss suruh pulang rehat.Sepatutnya Fath mengikuti keluarga Deng nenonton secara live 'Pilih Kasih ' di Senawang malam ini, maaf, atas kesihatan.Ia tidak mengecewakan Fath kerana minggu lepas Fath dapat menonton bersama mereka disana.Menonton di T.V sahaja bersama keluarga untuk final malam ini.

Apa yang Fath hendak menyuarakan disini bukan lah mengenai aktiviti Fath hari ini tetapi apa yang berlaku didalam chat box Fath.Pertama Fath minta maaf kepada pembaca lain yang tertanya apa yang maksudkan itu tiada didalam chat box pun.Ini kerana Fath terpaksa padam kerana ia mengotorkan ruangan blog Fath.Makhluk itu tidak lah sebijak mana seperti yang dia fikirkan bagi menyembunyikan identitinya.Amaran sudah diberi,tetapi masih berdegil dan ingin buat kotor lagi.Fath tidak akan mengaibkan makhluk itu walaupun orang tidak kenal pun.Hanya orang tertentu sahaja yang tahu.Bukan main pusing-pusing ye cuma ini bukan kes polis pun,sikit lagi je.

Fath sengaja block 'user' dalam chat box sebab Fath tahu dia akan buat perkara yang sama dan kesalahan yang sama.Makhluk ini memang Fath kenal hanya dengan ayat-ayat yang dia taip itu sudah cukup menyakinkan Fath.Serupa dan sebijik seperti sebelum ini , tidak sampai tahap matang nya dan tidak selari dengan umurnya.Maaf ya, 'aku@huhu'.Jaga diri dahulu sebelum jaga orang lain.Jika mahu berkata-kata hikayat zaman batu, zaman firaun ke..silakan..kerana ia membakar semangat Fath secara tidak langsung untuk menjadi lebih baik dan lebih berjaya.mungkin kata-kata kamu itu datang dari hati .lambang diri yang memalukan diri sendiri.Apa yang pasti Fath tetap SEMANGAT!bukan angin tidak tentu pasal...

Siapa-siapa boleh menjadi musuh kepada sesiapa dengan pelbagai sebab yang melibatkan emosi dan mental.Ada musuh maknanya kita berjaya,ini kerana kita ada saingan.kata-kata ini adalah daripada salah seorang kenalan Fath,kepada yang yang kurang mengerti fikirkan betul-betul ye.Masa untuk makan malam bersama keluarga.nyam-nyam...

No comments: