Wednesday, August 19, 2009

sepatu TOPSHOP ku


Sepatu kini yang ingin digambarkan sebagai pengganti cerita hari ini yang menampakkan seakan seperti sama seperti hari sebelumnya, walhal ia tidak sama seperti kalian fikirkan,Sepatu tidak dipakai dengan sebelah sahaja harus disarung kedua-dua belah.Lengkap perjalanan dan harian nanti..Tenaga dipagi hari digunakan dengan mengemas bilik kamar dengan baik ,rapi dan cantik,mandi pula langkah seterusnya dan kemudian pemilihan baju untuk ke kantor harus difikirkan dengan baik biar bersesuaian dengan keadaan kesihatan sekarang. Dress kelabu berlengan panjang menjadi pilihan teringin pula dipadankan bersama sepatu silver.Sesuatu diluar fikiran akan seperkara hari ini,sesuatu yang bermakna bagi ku dijumpai kembali setelah ia selamat disimpan didalam kotak untuk sekian lama. Sepatu silver TOPSHOP ini lama tidak disarungkan serta digunakan.Digunakan untuk melangkah kemana mengikut kemahuan hati dan kaki.Melangkah dengan selesa sekali tanpa kesakitan.Sayang sepatu ini yang ada kenangan nya 3 tahun lalu.3 tahun dipenuhi pelbagai cerita dan liku-liku jalan yang ditempuh.Kini ia disarung kembali tersenyum pula kelihatan seorang sahaja yang masih menyarungnya dengan baik.Perlulah melangkah jauh seperti dahulu, cubaan akan dibuat kerna tenaga terpaksa disekat untuk sementara sehingga sebetul pulih.Kemahuan ingin melangkah ke tempat-tempat indah sambil menikmati keadaan sekeliling yang tenang.Daya tidak kesampaian.Kesampaian ingin menemui hati-hati baik yang dikenali.Seminggu sudah tidak ketemui Deng, terakhir kalinya pada ulang bulan .August,12.Ketabahan untuk melawan segala rasa dilalui hari-hari.Keluarga sentiasa disisi memberi dorongan dan menjaga sama seperti kecil-kecil dahulu, manja rasanya.apa yang diminta dipenuhi..tersenyum kembali melihat kasut silver yang molek disarung dikaki ini.Melangkah dengan baik masuk didalam kereta ,memandu pula terus ke tempat yang ingin dituju. Tidak lengkang dari kaki bagi melindungi kesejukan kaki dikala terkena sejuk air-cond. Menggigil juga badan ini. Sinaran dari sepatu itu cuba manghangatkan semangat diri.Tidak keruan kini pemanas amat perlu sekarang walaupun kehangatan sudah dirasai dari dalam. Bertahan ditemani sepatu ini sehingga pulang nanti.Menanti pulang.

No comments: