Saturday, August 15, 2009

Bukan H1N1


13/08/09(Thursday)- Bangun seawal 7.30 pagi terus bersiap untuk menghadiri kursus dan temu duga syarikat bersama PUNB di Plaza Sentral.Setiba disitu jam 8.45 am duduk berhampiran Gloria station sambil menonton T.V di luar Allienz.Asyik mendengar putaran lagu yang berkumandang di dalam Handphone tidak sedar jam sudah menunjukkan 9.15 a.m , Fath tinggakanl tempat duduk tadi lalu terus keatas tingkat 9 blok 1A.Terkejut juga apabila mereka menyatakan taklimat sudah selesai ,tetapi temu duga masih dibuka malangnya Fath baharu sedar Fath tidak bawa dokumen yang mereka mahukan.Tepat jam 9.40 a.m Enya sampai setelah Fath jelaskan apa yang berlaku kami terus ke KL Central untuk menikmati sarapan pagi dan berbincang mengenai syarikat.Enak sarapan di McD, tetapi tidak boleh selalu.Jam telah menunjukkan pukul 11.15 a.m kami terus gerak ke Cawangan KWSP di Jalan Gasing. Setiba disana tepat jam 12.30 tengah hari tanpa disedari hujan gerimis turun.Semasa memasuki bangunan tersebut Fath sudah merasakan badan terasa teramat bahang.Mungkin kerana keluar masuk tempat panas dan sejuk. Setelah selesai urusan disana Kami terus gerak ke Mid .tetapi ada sesuatu yang berlaku dimana semasa mengundurkan kereta tiba-tiba kedengaran bunyi yang kuat dari belakang kereta Fath .Rupanya Fath terlanggar divider.Kepala tengah berdenyut masa itu apa pun tak perasan.Nasib tidak langgar kereta orang.Sampai di showroom Badan Fath terasa panas sangat,tetapi Fath malas nak layan Fath teruskan kerja.Bahang terus dirasai.Lebih kurang jam 7.30 p.m Panas badan semakin panas dan tidak tertanggung.Dengan air-cond yang kuat Fath seperti tidak keruan diatas kerusi.Sambil mengoyangkan kaki tahan sakit.Tepat jam 10 p.m pulang.Fath dengan tabahnya memandu kereta siap terlanggar pondok bayar parking lagi kali ini terkena side-mirror,sah memang tengah tak betul. Setiba dirumah Kak Ton.Fath terus baring atas katil.selepas setengah jam baru boleh mandi dan baring semula.Ikut kan Hati nak pergi ke klinik terus tapi tak terdaya.

14/08/09(Friday)-Bangkit seawal jam 7 a.m,panas badan agak kurang tetapi tenaga tak ada.Nak atau tidak Fath perlu bersiap ke Klinik berhampiran.Oleh kerana Tak tahan menahan sakit Fath berjaya berjumpa doktor.doktor terkejut suhu badan 40*C terus bertanya sama ada selsema mahu pun batuk kerana tekak teramat merah kerana panas.Nasib tidak.Terus doktor beri Fath cuti M.C 2 hari.setiba dirumah Kak Ton Fath sarapan pagi dan makan ubat kemudian tidur..Tepat jam 2 p.m Fath gerak ke Kajang.Dirumah mama dan ayah jaga Fath.Selamat sampai jam 3 p.m , kerana Fath tidak pandu laju kali ini,Lebih kurang jam 5 p.m Shirley tiba dirumah bersama kawan nya ,ayah tolong menjemput mereka di KTM ,Kajang,Shirley datang untuk meminjam baju kurung untuk konvo dia ahad ini di UNITEN,Bangi. Fath tiada masalah meminjamkan kereta Fath pada Shirley kerana dia memerlukan kenderaan bagi mencari hotel untuk family nya.I trust Her.Tiba waktu malam sekali lagi suhu badan naik secara mendadak.Terlantar sehinga tidak boleh bangkit walaupun untuk mengambil air.Lidah kelat makan apa pun tidak enak.Tetapi hanya satu sahaja yang yang masih dapat dirasai keenakkan nya,iaitu kurma.Fath makan 3 biji sudah kenyang.dapat rasa manisnya.Untuk kurangkan rasa panas badan Fath minum 100 plus bukan sejuk,minum madu, makan buah epal dan mandi seperti biasa.mandi 3 kali malam tadi.Baharu dapat tidur walaupun tidak lena.

15/08/09(Saturday)-Bertubi mesej dan panggilan yang Fath dapat dari semalam daripada kawan-kawan.Mereka tidak jemu bertanyakan dan menasihati Fath supaya makan ubat dan rehat.Terima kasih sangat!sayang mereka!Deng juga, tetap mengambil berat pasal Fath.Nasib bukan demam selsema babi (H1N1) cuma demam panas.Fath rasa betul kata salah seorang kawan Fath ,bahawa demam yang Fath kena ni kerana Fath terlampau letih sangat kerana tidak dapat rehat dan tidur yang cukup.Apabila difikirkan balik memang betul kerana Fath bekerja tanpa henti sejak bulan lepas.Ditambah pula cuaca sekarang ini.berpeluh pula badan fath bila makan ubat yang doktor beri ni.Harap Fath dapat sembuh cepat dapat jalani aktiviti seperti biasa.amin.

2 comments:

:: Husniyyah Alhusna :: said...

Makan ubat..
Jaga kesihatan..
makan ikut time..
pakai mask..(pesanan mama kak fath setiap hari! hahahaha)
Sila kuaranti kan diri anda selama yg boleh ok!

Take care, semoga cepat sembuh n Love you!

siti fathiyah said...

tq enya!!!
u2 ..take care...
makin sihat...
luv ya 2..