Saturday, August 29, 2009

Nothing else i can say


Mendung di luar sepanjang hari ini, Bersiap dengan pantas untuk melakukan segala aktiviti wajib hari ini termasuk untuk service kereta di Perodua Service. Tidak dirancang pada mulanya oleh kerana masalah yang dialalmi kereta Fath tidak boleh diambil mudah begitu sahaja maka Fath membuat keputusan terus pagi tadi. Kesanggupan ayah dan adik Fath menemani sepanjang berada disitu amat dihargai. Kami terpaksa menunggu giliran selepas 20 kereta di service sebelum kami. Tertidur juga la. Tiba giliran kereta Fath, tersenyum pula apabila kereta kesayangan itu membuat bising setelah ditekan butang hijau oleh mekanik terlatih. Akhirnya mereka akur setelah tidak ketemu punca masalah kereta Fath tadi. Selepas 5 minit kemudian, Fath didatangi oleh salah seorang staff mereka dimana datng untuk menerangkan bahawa kereta tersebut harus di check semula dengan lebih teliti pada wiring khususnya. Memerlukan Fath meninggalkan viva tersebut seharian nanti untuk dibaiki dengan baik.Bukan senang Fath untuk bercuti. Fath akan pilih satu hari yang sesuai nanti.Bersedia membuat persiapan berbuka pula.

No comments: