Sunday, September 5, 2010

Shooting Tele-movie raya Kemaafan yang Tertangguh for TV3



Si mata tupai

02/09/2010(Thursday)-Gambar Si Mata TUPAI atas ni adegan balik beraya ke? Sakan bergambar dikala memandu ni BIJAK sangat la ye..alasan ditengah kesesakan lalu lintas boleh diterima pakai tak?Entry kali ni ada la sikit pasal tajuk atas ni..Shooting tele-movie raya 'kemaafan yang tertangguh' untuk TV3. Baget dah habis kerja di bulan Ramadhan ni..Sedap layan tidur dapat panggilan KERJA di Kg.Sungai Buaya,Rawang. Serious jauh benar lokasi set kali ni.Tapi memang layan la..macam nak balik kampung betul,Apa pun setiap kali shooting pasti dapat pengalaman & kenalan baru.Itu la fav ku..kerja sambil berjalan2 & sambil dapat kenal2 orang2 baru.

Shooting kali ni paling tak rasa apa pun, lenggang je datang ke set, maksud Fath lenggang hati. Crew2, ass director, director ,para pelakon & tuan rumah (lokasi set) memang sempoi dan funny. 2nd time shooting di rumah orang ala kampung gitu..kali ni relax habis..siap boleh tidur & guling2 depan tv.Thanks to everyone di situ yang siap join sekali.hahaha!!

Tele-movie raya ni arahan oleh Fairuz Loy, sinopsis nya Fath kurang pasti..hahaha!cos Fath dipanggil untuk watak Fath je..Fath sebagai Azah ,isteri kepada Baharin (Zazly), kami anak saudara kepada Khatijah (Kak mon) ,ada sesuatu berlaku antara watak2 lain iaitu, Ana (Era Syazira), Zamarul,& etc..sehingga terjadinya peristiwa tragis menimpa keluarga ni..nak tahu apakah ia? saksikan tayangan nya di hujung raya nanti di TV3..

ni la anak Azah & Baharin..Dhia.

saya masih tak reti menganyam ketupat.ngeee...

LOVE TeeToo

Alangkah bahagianya!!!!!selesai segala kerja di bulan Ramadhan ni..terus chill sambil 'cuci mata' mengikut dalam kamus Jiwa Raga ..'window shopping' ye. Tak pasal2 shopping juga..saya dah mula gila Beg & kasut!!Tak nak cakap pasal shopping..Fath lebih senang cerita pasal CUTI!!

Penting sangat ke cuti ni?Fath...mu tu dulu mana tahu erti cuti.KERJA tahu la kan? please..please cuti.untuk diri sendiri & yang para yang di cintai.*pujuk diri sendiri.Semalam mimpi pasal cuti.Kelmarin terbayang pasal cuti, Lusa nak cuti lebih-lebih..Masa mandi tadi Fath dapat senaraikan antara 5 sebab dari 50 sebab MESTI CUTI.

1-Hadiah buat diri sendiri setelah penat bekerja, tak kira la walaupun kerja sejam je..
2-Bebaskan diri dari Stress bukan bermakna lari dari kerja tapi beban yang over dikepala tu, Bercuti lah untuk ketenangan dari segala masalah.
3-Medan mengeratkan hubungan Percutian adalah medium untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga & rakan2, agar hubungan lebih rapat & lebih kukuh.Bila tak ada kerja itu lah Cuti Fath.
4-Merawat Kecederaan JIWA percutian adalah paling hebat untuk merawat kekecewaan.Tinggalkan cerita lama, mari bikin cerita baru & bukan haru biru.
5-Lebih Sihat Masa untuk cas bateri dalam badan tu yang dah penat bekerja , pergi la hirup udara segar dari sedut asap kereta je..

ada banyak lagi sebab yang munasabah, tapi saja nak bagi korang keep membaca blog ni nanti..so..tunggu topik '50 sebab mesti cuti' ni jadi tajuk utama entri akan datang.*sungguh honest.

p/s:Thanks kepada yang terlibat semasa shooting tu.Macam banyak je lagi entry baru menunggu di belakang ni...

3 comments:

Nurul Adeq Poja said...

cite ni bile? *muke excited! :p

siti fathiyah said...

AWAL BULAN 10 YE SYG.TUNGGUUUUUU

atie said...

cerita ni memang best!!! tahniah awak!