Thursday, September 30, 2010

Rahsia Bibir

all is mine!Muah!!

Bibir kaum hawa memang penuh tarikan. Disebalik keindahan yang dipaparkan ,terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya, Begitu juga la dengan pilihan rona pengilat bibir.

Bibir yang biru (pucat)

Tak kira apa jua bentuk bibir wanita, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang, selalu bersifat ingkar & cuai terhadap satu tanggungjawab & kewajipannya. Cerewet & suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Korang ingin menjadi kekasihnya? korang hendak la seorang yang boleh mengatasi & mengawalnya.*hati2 dengan si pemakai lipstik biru.hihihi

Pengilat bibir warna merah jambu berkilat

Lambang seksi & pesona. Seorang yang romantis & berjiwa penyayang. Wanita sebegini tidak gemar mencari masalah dengan orang lain.Tetapi awas! mereka mudah tersinggung meski gelagat mereka serba sederhana.

Bibir yang tipis

Tipis bukan bererti nipis!Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh bersifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa pedulikan kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu & tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar & memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.*tak payah tutup bibir mu itu...hihihi

Pengilat bibir warna coklat

Bakat & keupayaan diri adalah isu yang lebih penting.. Berkeyakinan tinggi & stabil dari segi emosi. Simbol kesetiaan & boleh dipercayai.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifatkan manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu2 dengan apa yang dilakukan. Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya. Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.*tutup telinga.

Pengilat bibir warna ungu

Sofitikated & memiliki daya pertahanan diri yang amat jitu, Teguh kepada prinsip dan tidak mudah gentar.

Bibir Segar & kemerahan

Wanita yang mempunyi bibir segar dan kemerah-merahan secara semula jadi menandakan dia mempunyai badan yang sihat & pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka & periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan.Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semula jadinya sebagai wanita. Dia manja & kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali. Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik,selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang & mesra kaum lelaki.*cepat tengok bibir masing2.

Pengilat bibir tanpa warna

Personaliti pemaikainya cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman & damai. Lokasi bersenario tenang tentunya menjadi pilihan mereka bersantai.


Bibir Yang Tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunyai nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan & kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas & terbuak apa lagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta & kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasanan yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh & memalukan di khayalak ramai. Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suuatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik & mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang, kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya. Begitu mementingkan kecantikan & bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikkan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumah tangga & anak-anak. Jika korang sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya.Jika tidak....wanita ni jadi Queen Control!!*bibir mu tebal ke?saya gerak dulu ye...

Pengilat bibir warna jingga

Cukup dedikasi kepada kerjaya atau pelajaran. Berperibadi lemah lembut tetapi keras hati. Sanggup bertengkar demi pertahankan pendapat.

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginnan yang tinggi dari segi kehidupan & juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin & mencapai pretasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ni perolah kedudukkan yang baik dalam kerjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta & berusaha sedaya upaya untuk memiliki atau menenagi hati lelaki yang dincintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa saja yang dihajatinya ddalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.*boss..sila ambil dia bekerja.

Pengilat Bibir warna merah

Suka menjadi tumpuan ramai & berkeyakinan tinggi. Tidak suka diperlekehkan orang lain & agak berani bertindak balas. Tetapi mereka sebenarnya seorang yang baik hati.

Tengok cermin dan tenung sedalam-dalamnya..antara yang diatas ni, mana satu bentuk bibir mu.Tapi tak la 100% betul ia sebagai personaliti korang cuma ia secara basic je.Apa lagi, para jejaka diluar sana boleh lah menilai serba sedikit personaliti bibir kekasih mu,kawan ,jiran sebelah , minah lalu lalang tadi tu ke..Untung lelaki kali ni. GOOD LUCK!!

P/S:Kalau korang bijak bistari, cerdik lagi pandai, geliga & superb...manakah golongan bibir ku?ngeeeeeee.thanks for da comment ya.muah!

4 comments:

Nurul Adeq Poja said...

mu typo! hahah "Nafsu *tang* kuat" yippy2 hahaha

siti fathiyah said...

amboi mu makjah...cepat je..bagus mu bergurukan si PONTI,*aku seru mu ni PONTI.hahaha!akk dah betulkan dah!* muka berlagak.mu baca la pesanan last sekali n komen la kalu waras.hahahah!muah!!

lizz said...

koaja nyer korang!!!! mentang2 aku tak sempat nak usha blog mu fath!!kau seru PONTI kat sini eh!!!! *baling selipar*

ku rase mu tak ada bibir.wakakakakakaak!!!! mu nyer bibir segar n kemerahan ku rase ar.nak pastikan,ask enya lah!!!die siap leh scan bibir mu kot ku rase if nak kepastian.bahahaha

Nurul Adeq Poja said...

"aww2!!
Pengilat bibir wane meroh ;p mu slalu nk ku tumpukan kt mu kan? wahahhahaa dan ku tau mu mempunyai keyakinan tinggi, YEke? bab brani tu ku xtau,sbb yg ku tau mu penakot wahahhaaaa hah! the most! mu mmg baik BYE ;p