Friday, March 6, 2009

Photoshoot With Muslimah's magazine-05/03/09


Jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi Fath terus bangun dari tidur..tidur tidak berapa cukup sangat pun..Bersiap dengan pantas yang boleh memang tak sempat untuk sarapan la..bergerak jam 9 pagi dari rumah dengan menaiki train ke mid Valley,apa yang seronok menaiki train ni Fath ada masa nak balas sms,baca magazine dan menulis diari..ambil Teksi pula seterusnya ke Damansara Height Jalan Setaibistari. setiba disitu tepat waktunya seperti yang dijanjikan pada jam 10 pagi didepan rumah Kak Ton(Zaiton Alias).

Ini bukan pertama kali Fath berkerjasama sebagai model bagi peraga koleksi baju-baju dari butik beliau.Apa yang seronoknya kami ni akrab seperti kawan dan kakak. Dengan make-up artis pun begitu siapa lagi kalu tak Kak Kay Maria.Kami senang bekerja bersama..Meriah sangat ditambah dengan kehadiran anak-anak Kak Kay Maria dan wartawan dari Majalah Muslimah yang ramah..Lagi menarik Fath berganding bersama Kak Shafnie(ex-wife Ac Mizal).cantik dan baik sangat.

Kali ni Fath mengayakan 4 pasang baju yang cantik..senang juga bekerja dengan Photograper Muslimah Abg Farid (Muhamad Farid Mad Noh) Tiba baju ketiga..si 'dia' datang seperti dijanjikan..Dia antara 'orang kuat' dalam menyokong Fath dalam bidang ini selain keluarga,Enya,kawan-kawan dan orang-orang yang rapat dengan Fath mahupun kenalan Fath dimana sahaja.Mereka yang tidak pernah rasa jemu mahupun mengabaikan.Sokongan moral mereka tersangat Fath hargai..terima kasih sangat-sangat.'Dia' pun sudah biasa dengan Kak Ton..tiada masalah disitu..jam 3 petang selesai photoshoot tiba masa makan kami disajikan dengan Pizza Hut yang kami order tengah hari tadi.sebagai santapan tengah hari kami..Abang Yus (Yus Manja @suami Kay Maria) turut hadir..membawa khabar berita sekali lagi bahawa fath antara shortlist sebagai hosting rancangan Bela Diri.Keputusan baru diketahui 60% sahaja...selebihnya tunggu sahaja..Fath tak mengharapkan apa-apa pun.Janji mencuba.Kita tidak tahu rezeki kita dimana.Begitu juga Fath.

Waktu bergerak dan bergerak maka kami pun harus bergerak ke tempat lain.Next station Pavillion..Wayang!Upin dan Ipin.Best juga.syabas buat filem tersebut.Di Pavillion adalah aktiviti peribadi Fath dan 'dia'.Selesai terus ke arah Bangi temui Enya dan Shirley disitu kami ada meeting di Old Town Bangi mengenai Business agak besar(travel Agensi/car rental) melibatkan negara jiran.Mahu tahu lebih lanjut sila layari blog Enya (Husniyyah Al-Husna) mana tahu anda berminat kan..Selesai terus pulang kerumah jam 11.30 malam dan bersambung meeting dengan car dealer dirumah..Senang cerita Fath beli kereta.Beli ikut kemampuan..kereta apa?adalah...nanti Fath akan bagi tahu.sabar ya..

Dibawah ni antara gambar terbaik untuk Majalah Muslimah itu nanti....

Wednesday, March 4, 2009

Jangan tension....

STRESS KE??

Sibuk dengan urusan kerja atau tak ada kerja atau dilanda masalah yang bertimbun-timbun sehingga membebankan dan mendatangkan stress pada anda? Jangan bimbang. Ikuti beberapa tip di bawah untuk menghalau stress yg anda alami.

Ketawa
Tidak ada yang lebih mudah dan murah selain dari ketawa. Tahukah anda dengan ketawa selama 15 minit setiap hari sudah cukup utk memperbaiki aliran darah ke hati.tapi bukan hati kucing yaaaa...



Urutan

Tidak perlu orang lain untuk melakukan urutan
. Anda sendiri mampu untuk melakukannya. Untuk mengatasi pening-pening kepala, cuba urut bahagian-bahagian lembut di sekitar titik akupunktur di kedua belah sisi hidung dan mata untuk melegakan ketidak selesaan anda.Bukan meraba yaa...



Berjalan

Aktiviti berjalan sedikit sebanyak dapat membantu anda mengurangkan rasa stres. Berjalanlah selama lebih kurang 10 minit. Ini bermanfaat untuk mengurangkan keadaan tubuh yang sedang stres.Bukan merayau yaaa..



Tidur
Ambil masa untuk tidur sebentar tanpa gangguan. U
sahakan tidur dengan tenang untuk mengurangkan kegelisahan di pagi hari ketika anda terbagngun. Panaskan sekitar 250 gram susu dan campurkan bersama satu sudu serbu kayu manis berserta sedikit madu. Ini membantu anda tidur lena setelah meminumnya.Jangan tak bangun sudah ler..


Makan Vitamin
Amalkan mengambil vitamin terutamanya vitamin B. Vi
tamin B akan membantu mengurangkan racun yang terhasil didalam tubuh akibat daripada stres.Jangan main telan sahaja harus tahu apa khasiat yang terkandung.


Berdoa
Di saat anda berasa tegang dan gelisah, kelenjar adrenalin tubuh akan mengeluarkan zat kimia yang meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah, serta menurunkan kekebalan tubuh. Berdoa membuatkan anda berasa lebih tenang kerana di saat berdoa, anda menyerahkan segalanya kepada yang Esa. Di samping itu, berdoa juga mendekatkan anda kepada-Ny
a. Niat juga harus bersih ya nanti tak makbul.amin..



Note
: Cara Fath tangani stress bergantung pada situasi..pergi holiday adalah terbaik,selain tu keluar dengan kawan-kawan,Jalan seorang diri dimana rasakan sesuai tanpa bercakap dengan sesiapa.tak pun memandu kereta sendirian ditemani teddy bear kemana sahaja pada waktu malam...bahaya kan?tapi ia melegakan..sambil dengar lagu-lagu ceria..puas hati balik la.Melukis antara yang menyelamatkan jiwa dikala keseorangan dan tension..lepas kan pada lukisan..cantik jadinya lukisan itu..hihi...Tangani stress anda dengan baik ye..

Tuesday, March 3, 2009

Reality is....


Hidup ini adalah sekali sahaja.Sekali buat baik dibalas baik.Sekali di buat jahat dibalas jahat juga.Adil bukan?Ia boleh berlaku sebaliknya semuanya bergantung pada siapa,bagaimana,dimana,bila dan kenapa.Subjektif kalau nak dibincangkan secara lebih detail.Cerita mengenai yang kebiasaan sudah mencukupi.Senang cerita semua yang kita perolehi dan yang ada perlu diperhatikan dan dijaga dengan baik untuk yang terbaik.Tidak kisah la apakah ia.Sendiri fikir kerana diri sendiri sahaja yang lebih mengetahui selain Yang Maha Esa. Hidup manusia yang tidak lepas dari pelbagai perkara yang berlaku sama ada ia baik mahupun buruk sudah tertulis perjalanan itu.Diri,keluarga,kekasih,saudara mara,sahabat,jiran,masyarakat,peminat mahupun musuh itu adalah standard yang kita perolehi dan berada tiap hari.Manusia biasa sukar untuk mengawal semua ini dalam satu masa serentak.Bagaimana pun ia akan terlebih ataupun tercicir yang berkait rapat dengan komitmen yang pelbagai.Stabil kan ia,menjadi atau tidak belakang cerita yang pasti dan sahih lakukan sahaja.Banyak pula hati yang perlu dijaga,satu terluka ubatnya bukan sebarangan dan susah pula nak diubati lagi-lagi jikalau ia adalah luka yang paling parah, belum tentu hospital boleh rawatinya,bomoh pun boleh geleng kepala,sukar juga bukan.Mungkin ramai yang tidak berapa sedar mengenai nya,dan ada yang pernah mengalaminya dan ia berulang lagi dan lagi. Tiada siapa pun yang minta dan mahu pula.

Seperti di plaza tol,guna 'touch and go' lebih baik tapi sekarang ni sudah gunakan 'smart tag'.Kalau tiada keduannya boleh guna wang syiling bukan?,cuma harus gunakan lorong yang berlainan sahaja, minta pula kenderaan belakang undur sedikit untuk dapatkan laluan sendiri, itu kalau ada kenderaan di belakang kalau tiada senang caranya .bagaimana kalau ada? bagaimana caranya untuk berinteraksi dengan baik.Terima kah mereka?ataupun terpaksa terima?atau pun bunyikan hon tanda bengang kerana menyusahkan?Pernah alami tak?Bagaimana rasanya?Haruslah biasakan keadaan ini.Bukan di plaza tol itu tapi cerita disebaliknya.

Berlaku dan berlaku kembali sampai lali jadinya, Tidak hairan kadang-kadang,tapi perlu diambil tahu dan kaji ia semula kerana ia seakan sama tapi tidak sebenarnya.Malas pula tapi rajin kan juga kerna masa tidak akan berhenti langsung.Pergi kemana sahaja otak harus bekerja memikir, anggota bertindak dan mulut pula bertutur.Semua bekerjasama dan masing-masing memerlukan antara satu sama lain.Mahu yang positif tolak yang negatif, sama atau tidak dengan slogan di atas? be nice or leave-thank you.Ringkas dan padat bukan?Dimana-mana pun boleh gunakan slogan ini.Tempat kerja?sekolah?atau apa sahaja yang bertempat.Gunakan sahaja dalam hidup ini jika tidak mahu risiko.Subjektif bukan?atas diri sendiri yang merancangnya bukan untuk menentukan peratusannya.Bukan pada diri pada apa sahaja mungkin jadi.

Monday, March 2, 2009

Panas vs Sejuk


Panas atau sejuk?Pilih la dengan betul.Untuk apa?itu tidak diketahui lagi.Cuaca diluar yang mula nya panas mula sejuk dilanda hujan kemudiannya membuatkan semua serbi tidak kena.Terkena sejuk, panas pula jadinya dari dalam. Banyak pula faktornya bila dirasakan diantaranya iaitu semacam suam pula.suam-suam kuku atau suam air minum?itu pun tidak diketahui lagi.Banyak pula pilihan yang dipandang dan di dengar, banyak juga pilihan yang boleh diperolehi dan diberi alasannya.Pagi ini dilihatkan milo panas, terpandang pula susu segar yang sejuk.Pilih lagi..mandi air sejuk atau air panas, mana lagi nyaman?bekerja atau tidur sahaja?yang itu sama ada larat atau tidak sahaja.Nak atau tidak yang pasti.Terima atau tidak , kesemuanya di atas tangan atau dibawah kaki?Jangan main ambil dan pergi melangkah .fikir dahulu, bertindak kemudian.

Degil pula menghantui dalam diri memang itu dari dulu kan.Kadang kala ikut hati dan perasan tapi ia sebenarnya sudah terbiasa dengan keredaan dan ketentuan.Hentam sahaja orang kata. Bila kedengaran suara berbunyi lain ataupun sengau seperti bersuara melalui hidung ,semua akan tahu itu adalah disebabkan sejuk menjadi panas. Panas sampai ke otak pula..otak yang berputar seperti roller coaster tapi tutup mata melayani nya.Apabila dibuka mata dihulurkan pula ubat yang pelbagai untuk ditelan,jangan tercekik lagi sudah.Macam-macam bila sudah demam yang datang tiba-tiba ni.mahu makan atau minum?tekak kata tidak mahu.mahu apa pula nanti.Kejutan kelaparan?gastrik pula hadiahnya,ubat lagi nanti,mahukan yang bagus manjadi baik terima yang panas kini, datang nya dari yang sejuk.

Rehat yang paling afdal untuk meredakan yang bermacam rasa itu.Teguk susu segar tadi bersama ubat itu kemudian mandi air suam seakan panas ,bersiap bekerja, lapar nanti makan pula untuk sekadar mengalas bagi mengelakkan hentaman dan ancaman yang lain.Raikan ketibaan itu nanti mungkin atau tidak mungkin sahaja.Pastikan ia baik-baik belaka.

Written by Siti Fathiyah

Sunday, March 1, 2009

Italian B.M.T by Subway


Sunday morning yang menyenangkan disinari cahaya matahari jam 10 pagi disini bukan sebarangan suasana nya..Bangsar yang selalu dikatakan high-test dipandangan dan tanggapan masyarakat..70% adalah benar..up- to- date 70% juga benar.selsema pula dirasakan layani sahaja ke tidak selesaan itu.Panggilan diterima dari sahabat baik dulu dan kini yang pasti menunggu hari bahagia kelak.Bersama menikmati santapan di pagi ini dengan lazat sekali..Bercerita mengenai cerita dan cerita,hangat di meja makan selama 2 jam tidak berganjak.Sandwich Italian B.M.T di subway kami mencubanya yang terkandung pepperoni,salami dan turkey ham menepati tekak pagi.Pekerja itu menyediakan santapan itu dengan ramah dan cermat serta mahir..Roti itu dibelah dua bagi 2 orang makan sama perisa tapi tidak serupa pula isi tambahannya.

Berlainan sedikit bersamaan juga hidup harian yang pasti mempunyai peratusannya.Peratusan yang dicatu dan dinisbahkan juga hasilnya berbeza bergantung perbedaan emosi yang dilalui.100% angka yang banyak diketegorikan dengan bermacam-macam..bagaimana peratusan itu dulu mencecah ditangga yang amat berbanggakan dan teratas buat pertama kalinya tapi berlainan pula dalam ketika ini peratusan itu jatuh secara mendadak sehingga 50%. 50%?biar benar?Dengan pelbgai sebab boleh dituturkan tetapi ia hanya kerana satu sebab yang mendalam.dalam kategori apa pula kali ini?ekonomi negara sekarang?pasang surut air laut?langit dan bumi?bergantung pada setiap ungkapan,tanggapan dan jangan sampai tergagap sudah..binasa kelak.Sama seperti bila dimakan sandwich itu sedikit demi sedikit sos nya yang pelbagai itu jatuh menitik ke bawah diatas pembalut nya.Perasan atau tidak sahaja.

Menikmati kenikmatan itu sehingga tidak sedar dari dalam tekak tidak berapa enak oleh disebabkan kurang senang dengan keadaan kesihatan dalaman.Terkena hujan mungkin,semalam diredahkan sangat walaupun ia renyai.Sejuk itu dilindungi dengan 2 lapis baju malang rasanya tidak cukup melindungi. Tidak cukup kah?yang pasti ia sudah berlalu dan sudah diketahui.Maka azam datang menjelma.Lebih tepat adalah cita-cita.Pelik atau hairan ia timbul dan bangkit dimasa ini.Itu terjadi.Terbaik bila ia diuji seperti air lemon tea dihirup,boleh dihabiskan pabila masa itu dikongsi bersama.Bersama-sama.Bagi yang tidak pula bila pula?Pertanyaan itu disebaliknya.Kenyang tiba sahabat pulang enak juga.

Written by Siti Fathiyah

Saturday, February 28, 2009

Cerita cinderella dan umbrella


Cantik nya Cinderella...kecantikan itu belum tentu boleh dipegang mahupun disentuh apatah lagi mahu memilikinya..sungguh berharga dan bermakna .Disini bukanlah untuk menceritakan kisah dongeng si cinderella itu tetapi untuk menceritakan cerita seumpama yang seakan sama walaupun ia adalah cerita semata-mata...ternyata asal unsul cinderella itu tidak sebaik mana dan malang sahaja yang menimpa dari mula hingga suatu tahap dimana ia berubah dalam sekelip mata dengan ada nya magik.Dalam dunia realiti ini tidak akan berlaku tetapi keajaiban yang manusia selalu inginkan dalam pelbagai harapan dan berbagai sebab yang tersendiri.Keinginan itu maksudnya.Ada juga yang melebihi keinginan. Yang cantik itu tidak semestinya bahagia,baik,kaya,gembira,sihat mahupun elok tetapi ia selalu dilabelkan ditangga yang positif dan pelbagai sangkaan yang mungkin ada melesetnya...menjadi negatif.Cinderella yang asalnya positif pasti, dicemuh pula dengan negatif dari keadaan sekeliling.apa yang terjadi?berlikunya kisah itu tercipta tanpa diketahahui naluri yang ada dari dalam.penglihatan mata kasar mungkin tidak sekuat mana kalau dibandingkan dengan mata hati.Ikutkan hati juga boleh bawa mati.Cinderella juga yang diketahui kesabaranya itu sungguh murni tanpa disedari.Sedar tidak sedar cinderella sering kali dilimpahi lagi dicurahi hujan yang pelbagai cara ditambah pula panas terik tiba-tiba...angin yang kuat adakala menyunsul...pertahankan diri cinderella dengan kesabaran yang disama ertikan dengan umbrella.



Sebagai perlindung dan senjata bagi dirinya yang bukan ingin dianugerahkan pelbagai.Pelbagai jua dilanda cuaca yang tidak menentu..comel pula bersama umbrella.pastikah ia selamat di ketika itu?apa yang terkelihatan seperti kosong untuk diungkapkan bagi menerangkan sebenar-benarnya...walhal ia ada isi yang tersembunyi,mungkin dalamnya membuak-buak tetapi terlalu banyak yang dirasai nya membuatkan tersenyap dan diam.Layani apa didepan jalan kadang-kadang ternampak pula yang melintas dari belakang yang tidak diingini mengusik kembali.usik bukan main-main tapi menguji bagi meneruskan perjalanannya.Putih pula warnanya,putihkan ia?cahaya menerangi hari-hari tapi mendung pula dibawah umbrella kini..umbrella dipegang erat penuh sayang untuk dikongsi bersama yang lain.kongsi dengan sebelah tangan atau dua belah?pegang la juga tapi sama erat kah?yang erat itu perlu lagi erat untuk jalan bersama seiring.Bersama sampai mana pula?bersama ditengah-tengah tapi tidak senang pula bagi yang mendampingi itu.Luluh dirasai si cinderella kini.Pilu menyelubungi..pedih hati.pasti kah?bukan kah itu yang cinderella mahukan dalam hidup?hidup yang lengkap.titis air mata dengan kisah itu pula.kenapa?dan kenapa?cerita apakah itu?bagaimana pula dengan umberella?


kisah yang bermaksud perjalanan yang ditempuh adalah harus bersama dengan lebih berkualiti disisi dibantu oleh bantuan mahupun perlindungan sejajar.

written by Siti Fathiyah

Friday, February 27, 2009

Bagai hujan dirasakan panas

Hari-hari adalah biasa dirasakan dengan apa sahaja yang berlaku dan dilakukan..tiada yang lebih menarik dari menikmati hidup dengan kebahagiaan yang datang dan sentiasa datang disisi.Apa yang pasti tiada sesiapa yang duga dengan dugaan dan perjalanan sepanjang jalan hidup yang sekali ini.Bergitu juga dengan hati yang dipenuhi dengan pelbagai perasaan yang bermacam ragamnya..ragam yang tiada siapa boleh mengawal keadaannya yang setiasa berputar mengikut hati.Hati yang kadang kalanya berbunga hadirnya,kadang-kadang duri pula yang datang menerpa tanpa sengaja dan tidak pasti kenapa dan mengapa.Duri yang terlekat pada ranting bunga tidak semestinya berbisa cuma ia menusuk hingga menusuk menembusi hati,hati itu ditusuk dengan tepat dan dicurahi air...air panas yang mungkin dilihat sejuk dimata kasar tapi panas pula bagai hujan yang turun dengan lebatnya.Lebat jua hujan seperti malam tadi yang dingin.tapi tidak sehebat dingin yang dirasai.Belum pasti semua akan dapat rasai ribut dari dalam yang susah dikongsikan dan di diamkan serta tidak bermakna ia berada dalam keadaan cuaca yang baik walaupun ia seperti baik-baik belaka.



Terdiam terpaku dengan cerita hidup yang tidak diduga tiba-tiba datang menyerang ketika semacam musim bunga yang menjelma tapi ia ribut petir.Lain tempat lain cuaca, lain orang lain cara, lain hari lain cerita, lain diberi lain dirasa lai diharap lain yang dapat. Rasa pula tidak sesedap disangka.disangka manis rupanya ada pahit didalamnya..pahit yang lama diketahui kini,kini ia masih pahit ditambah masam,bagaimana mahu disamakan dengan kata.Kata tidak semestinya sama dengan rasa.Ditambah pula dengan pelbagai rasa.Rasa itu buat ia jatuh rebah seketika susah pula bernafas kalau dalam air.Yang dikata kan ia seakan remeh dikala hidup ini tapi yang dimaksud kan itu besar maknanya.Di ertikan pula seperti tidak menampakkan hasil mahupun usaha jaya.Banyak yang dilalui dalam pelbagai perkara dan erti yang berbagai.Tapi apa yang dirasai adalah sukar.disangka ia sama tapi jauh sekali fikiran mu meleset wahai diri!!cuaca seiring dengan jalan yang lurus dan yang pasti tanpa berkira sekecil dan sebesar yang telah diperolehi dalam hidup ini tapi sukar kelihatan rupanya ,dan tidak dapat dirasa nilainya.



Betulkah ia tidak bernilai?hati kenapa menangis bagai hujan?hujan yang mengalir terus mengalir dengan diselubungi rasa hati yang tersentuh dengan kisah itu.Kisah itu adalah cerita.fahaman yang susah difahami tapi senang ertikan sebagai hidup itu bukannya tiada erti.cuma perlu mengerti.mana ertinya?renungkan pula supaya tidak dianggap tanpa makna senang kata.walaupun ia pernah rasa diguris ,telan pula bagai telan air panas terus melalui hati.tidak pula diambil kira atas kerana rasa sayang liku-liku itu.tapi cukup kah dengan pengertian sendiri sedemikian?tiada apa yang berharga walaupun ia datang dari diri.melainkan ia berlandaskan perbincangan persefahaman.cara hati sendiri boleh jadi salah dan tidak menepati piawai itu.bagaimana?makan hati?@jaga hati?ia sudah sebati dan ia membunuh kadang kala.sakit.sakit sendiri.sendiri tanggung.tanggung lagi kisah itu.tetap redahkan hujan yang dirasakan panas.kini masa yang dibiarkan sendiri reda.reda dengan permikiran dan pengalaman yang terbeku selama ini.tabah dalam membaiki.

written by siti fathiyah