Saturday, September 26, 2009

Renungkan Bersama...


Membaca amat berguna tidak kira lah apa perkara yang dibacanya. Secara tidak langsung dapat ilmu yang pelbagai paling yang diminati sudah tentu mengenai motivasi diri yang ada kekurangannya. Manusia kan.Disini Fath ingin berkongsi sedikit perihal masalah hubungan yang dialami segelintir masyarakat.Fath juga tidak dapat lari dari masalah sebegini.Manusia kan.

Perkara yang kecil pun boleh jadi besar dan remeh kalau tidak dapat mengawal,mentafsir dan memperbaiki dengan baik. Setiap hubungan manusia berbeza walaupun ia seakan sama, manusia kan.Contohnya:-

kita semua meletakkan harapan tinggi ke atas pasangan. Lantas mengharapkan si dia(pasangan anda) dapat menjadi sumber simpati, bersifat terbuka kepada kita dan macam-macam lagi harapan lain. Si dia pun seperti kita juga. Ada menaruh harapan. Tetapi apabila kita mengharapkan terlalu banyak, kita rasa si dia menjadi beban yang menyesakkan, yang tidak henti-henti di tanggung oleh kita. Kini, si dia bukan lagi orang yang meringankan beban, sebaliknya menjadi beban kepada kita daripada segi emosi, psikologi dan fikiran.


Dalam hubungan tidak semestinya diatas jalan yang sama, bukan lurus semata, ada selekohnya. Berubahnya hubungan juga boleh berlaku apabila kita semua berubah mengikut waktu. Ada antara perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita atau si dia menyebabkan terjadinya bertentangan sikap, nilai dan minat yang boleh mengancam cinta. Misalnya, mungkin ilmu dan tahap pendidikan kita sudah jauh bertambah tinggi, keupayaan intelektual sudah banyak berkembang, jenis kerjaya sudah bertukar bidang, matlamat hidup sudah lain, minat tidak serupa dahulu, akibatnya keperluan jiwa kita kini berbeza. Tetapi si dia mungkin masih seperti 10 tahun lalu atau sabagainya. Atau pun si dia pun berubah juga, tetapi ke arah lain sama sekali. Keadaan ini mendorong kepada lunturnya rasa cinta di antara pasanagan ini.

Bercakap salah, tidak cakap pun salah, kenapa jadi bergitu pula?Hendak ke si dia dengar apa yang ingin di perkatakan?, Interaksi seharian ialah nyawa kepada cinta, hubungan mesra dan kasih sayang. Oleh itu , tanda-tanda awal berlakunya kerenggangan dan keretakan sesebuah hubungan itu dapat dikesan pada komunikasi antara pasangan.. Tanda yang paling mudah ialah kurangnya akitiviti berbual. Kesannya pasangan semakin terasing., meskipun secara fizikal mereka masih bertemu tetapi kalau komunikasi hambar, bagaimana pula? Aktiviti bersembang amat penting kerana kita dapat berkongsi cerita suka duka sehari-hari dan ini menjadi saat istimewa kita berdua. Melalui perbualan, kita saling memberitahu satu sama lain perkara-perkara terbaru yang kita alami atau rasakan. Tanpa perbualan, kita tidak lagi mendapat 'berita terkini' mengenai pasangan, lantas membuat hubungan semakin hambar.Ini tidak bermakna kena bergayut di talifon mahupun berceloteh takala berjumpa.berborak lah..

Dalam hubungan memang kita tidak boleh mengelak kan diri dari timbulnya konflik. Konflik menghapuskan harapan untuk masa depan bersama. Tanpa rancangan masa depan, terhakislah komitmen kita terhadap satu sama lain. Kita tidak lagi didorong untuk memenuhi janji-janji yang pernah di padu satu masa dulu. Konflik berlaku dalam semua keadaan. Walaupun dalam situasi baik, konflik tetap boleh berlaku.Ini yang Fath alami.Jika hubungan sudah renggang, konflik yang terjadi lebih banyak dan lebih serius. Sekiranya pasangan masih berkasih-kasihan, konflik ini boleh diimbangi dengan komunikasi yang mesra agar kesannya tidak dirasai. Bagaimana pula jika hubungan hambar?

Renungkan lah..fikiran kita mempengaruhi perasaan kita. Begitu juga dengan si dia. Salah satu jenis fikiran yang kita lakukan ialah cara kita menerangkan apa yang dilakukan oleh pasangan. Misalnya, kita cuba terangkan mengapa si dia melakukan sesuatu perbuatan itu atau mengapa si dia tidak perlu melakukan.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh diperkatakan dan dibincangkan. Tetapi cukup lah untuk hari ini .Cukup ini yang dibentangkan.Cukup la ye...

No comments: