Wednesday, September 30, 2009

30/09/2009

30/09/2009 of me

30/09/2009(Wednesday)-Cuti! Hari ini sengaja merehatkan diri dari segala aktiviti. Rancangan sebelumnya telah bertukar maka tidur dan meluangkan masa bersama keluarga adalah terbaik. Sengaja juga tidak menetapkan masa untuk bangun dari tidur pagi tadi. Biarlah badan dan otak ini berehat agak lama sikit kali ini.Memandangkan sepanjang seminggu yang lepas tidak dapat tidur yang lena. Jam 11.25 a.m baru bangkit dan mula mengemas rumah dan membeli barang-barang dapur. Maklumlah kawan-kawan adik mahu datang beraya rumah hari ini. Masak!! dari pukul 2 p.m hinggalah jam 10 p.m tetamu tidak putus datang rumah. Dari makan tengah hari hinggalah makan malam, Seronok berborak dengan tetamu ini. Ini belum lagi kawan-kawan Fath yang datang serbu, rasanya tahun ini tidak buat open house , memandangkan hari-hari orang datang rumah sampai tidak kemana tuan rumahnya.

Semalam dengan jayanya Fath berjaya selesaikan puasa ganti dan hari pertama bagi puasa 6. Hari ini tidak berpuasa , maka untuk esok Fath berniat untuk puasa 6 bagi hari ke-2. InsyaAllah hari jumaat Fath akan berpuasa juga jika tiada apa yang membebankan. Awal-awal lagi Fath bagi tahu aktiviti terpenting dalam minggu ini. Hari jumaat merupakan hari yang cukup sibuk dimana disebelah pagi hingga petang masa bekerja, terus pula untuk aktiviti tolong menolong di rumah Deng untuk open house, akan berterusan sehingga malam.InsyaAllah pada hari Ahad , Fath akan hadirkan diri di kenduri Kahwin kakak Shaim (ex-student IKN) di Bandar Tun Razak.dan jemputan open house disebelah malamnya. Mungkin aktiviti akan bertambah lagi, ikut mana termampu.

Fath sudah mula senyum dengan hati senang seperti kebiasaanya sebelum ini. Alhamdulillah. Tetapi ini tidak bermakna lega selamanya , Dugaan dan cabaran pasti akan datang menguji mungkin dalam bentuk lain, cuma Fath perlu bersedia dan bijak mengawal situasi dan emosi apabila yang tidak diigini tiba-tiba muncul. Minta jauh lah. Tetapi itu bukan ditangan Fath bagi mengatur selok belok perilaku hidup yang penuh mencabar psikologi dan fikiran. Hati paling sukar untuk ditafsir sebenarnya.Minta yang baik-baik sahaja untuk semua perkara.amin.

No comments: