Wednesday, December 31, 2008

Luahan RINDU padanya...


Hari ini tenang sahaja tiada apa yang perlu difikirkan sama ada mengenai kerja mahupun aktiviti harian.Pagi yang bersahaja lalu niat terpasang terus untuk 'workout' saban 3 hari tidak berbuat demikian.Cukup sekadar mengeluarkan peluh yang terkumpul sudah.Mula kan kerja kemudiannya seperti biasa bagi penyaraan hidup ku sementara waktu masih lagi tercipta.Diri ku yang bergelar orang biasa belum pernah berperasaan berputus asa walaupun pernah melalui silam yang samar.Samar dan berdikari yang dianggap kententuan dan pengajaran serta pengalaman hidup muda ku ini.Kesyukuran ku tentang hidup yang tiada penyesalan dan kejurumusan.Dengar kata dan fikir sebelum bertindak adalah pengajaranku yang masih ku pegang hingga kini.Rasa jatuh bangun ku rasai sendirian malahan dapat disedari orang disekeliling ku.Itu membangun dan mematang kan diri ini.Termasuk CINTA.CINTA satu perkataan yang padat dengan berbagai coretan yang tidak diduga dan tempuhan ia tidak disedari dalam aliran yang dianggap manisan hidup duniawi..CINTA ku bukan sekali dan belum berakhir lagi seperti keinginan hati ini mengimpikan cinta sejati dari insan sepadan ku,ia bermaksud JODOH ku.Harapan ku ketemu jodoh sehingga kini masih terbuka.Perasaan itu semakin dirasai mungkin kah ia sudah ku ketemui.Ia semakin dekat dan dekat...Masih jauh mungkin untuk dikatakan dengan tepat.Lalui sahaja perasaan ini yang lebih bernas oleh itu ku hargai CINTA nya dalam hati ini.CINTA ku berputik atas dasar dirinya bukan namanya.SAYANG dirasai berdegup jantung ku laju bila RINDU tiba.Kekuatan hati ku bukan tiada berperasaan tapi itu yang ku tabahkan untuk HATI kecil ku yang asalnya mudah tersentuh dan mudah untuk ditangisi.Biar tangis rindu bukan tangis yang menusuk.Tiada siapa yang berpengetahuan tentang CINTA ku padanya.Tersemat baik tanpa diketahui bagi kebaikan statusnya bukan seperti diriku yang biasa.Luahan singkat tidak bermakna terhenti cuma dirasai dimasa ini adalah RINDU padanya..rindu sangat secara tidak sengaja...

No comments: