Saturday, December 6, 2008

Holly2 di Genting lagi..

05/12/2008(jumaat)-Cuti!!!macam biasa ambil cuti last minute,pada awalnya 04/12/2008 sepatutnya, oleh kerana kerja2 dekat office@showroom tak siap lagi maka tangguh la ia. Cadangan nak ke Genting ni pun last minute juga tapi nasib baik sempat book Awana hotel. Nak book kena 2 hari sebelum. Seperti biasa kerja2 gila ni tak sah kalau bukan dengan Enya. Kami memang sengal.haha!!!!tak gitu Enya?huhu...

Tak ada persiapan apa pun melainkan bawa baju dan kelengkapan asas.Sebelum gerak on9 dari pukul 9 pagi sampai la 4 petang bukan apa nak beli tiket Dreamz S
how untuk kawan2 Enya. Last minute Enya ajak.Kawan dia dari Uniten juga. Gerak dari rumah pukul 4.30 ptg ke Uniten untuk ambil dan hantar kereta sewa Enya. Tepat pukul 5 ptg kawan Enya, Reeza sampai kami gerak dengan 1 kereta gerak ke Cheras Jaya ambil kawan Enya seorang lagi,Nisa.

Kentang tak kentang sangat la..show Dreamz tu start pukul 9mlm tapi kami gerak dari Mc'D Taman Melati (tapau lapar la...) pukul 8.30mlm boleh sampai 9.10mlm dengan naik kelisa je.
Terus ke kaunter ambil tiket pada masa yang sama Darling call.wah!!meloncat kegembiraan la...seharian tak dengar khabar berita dia.Lepas teman Reeza dan Nisa tengok Dreamz kami jalan2 sambil cari ice-cream beli earing dan turun juga kami ke Awana tepat pukul 12.30pg.


fathiyah & Nisa :-)


Dapat bilik yang best macam yang lepas di tingkat 5. bilik nombor apa yek..ha..5508.haha!!!ni kira first time la bermalam dekat Awana tapi sudah 3 kali check in.haha!!sebelum tidur call Darling kejap than sms kemudiannya.Lelap pula selewat 4pg sebab buat sketching design sikit.

06/12/2008(sabtu)-Bangun seawal 8pg cuci muka dan gosok gigi je terus turun breakfast.Gila la jumpa pancake!!sebab sudah 2 hari mengidam nak makan Pancake,apa lagi balun 3 round.kira2 12 keping pancake kecil.haha!!!benda lain tak pandang pun.lepas kenyang tepat pukul 9.30 kitaorang jalan2 dekat sekitar awana,lapang fikiran..pergi singgah swimming pool ambil towel dekat kaunter tapi tak mandi pun sebab sejuk gila nak terjun.haha!!!Layan pula kepala gila si Reeza memang bingit la orang dengar gelak tawa Fath.haha!!Than pergi dekat Lobi layan Internet Kiosk.on9 jap.sempat lagi..pukul 11.30 naik bilik balik nak bersiap untuk check out, lepak tengok tv lebih kepada berita terkini pasal tanah runtuh dekat Bukit Antarabangsa.bayangkan 14 biji rumah banglo mewah kena.Dasyat bencana alam.Bersiap mandi dan gerak turun pukul 1ptg dengan selamba nya.


Kami gerak terus ke Bangsar sebab Fath kena kerja.Ada persentation sikit pasal sketches yang Fath dah buat.Tepat pula tu lagi 2 minute pukul 2 sampai showroom. Punch card lepas tu jumpa Marelyn than start buat kerja.Apa pun thanks dekat Enya coz melengkap kan cuti Fath lagi2 dapat kenal Reeza dan Nisa lagi layan...Raya Haji ni kita raya sama2 ye Enya di rumah Ummi kamu.Fath tak dapat balik kampung sebab cuti sehari je.penat la nak ulang-alik dari Kuala Pilah dan Kajang.



Hari ku penuh dengan aktiviti dan kegembiraan, ;-) gambar ada tapi tak ambil lagi dekat Reeza.kemudian la yee...nak sambung buat kerja ni...sekian....

1 comment:

:: Husniyyah Alhusna :: said...

heheh..
you're welcome darling...
apa saja utk mu..
hehehehe...