Thursday, December 11, 2008

Di Hari Raya Aidiladha of 2008.-08/12/2008

Enya,Fathiyah,Syira

Selamat Hari Raya semua umat Islam 1 dunia ni...hari raya korban yang memerlukan sikit pengorbanan dimana Fath tak dapat ikut family pulang ke kampung.Nama pun dapat cuti sehari je so penat la nak ulang alik dari Kajang dan Kuala Pilah walaupun tak jauh tapi tak cukup masa.Ada hikmah nya..Fath dapat beraya dengan my fav auntie (mak cik uji@adik mama) dan anak2 perempuan kesayangan dia. Kali ni saja pakai tudung biasa ni..nampak innocent kan..haha!!!


Fathiyah & Mak Cik Uji


Rumah mak cik Uji@ummi Enya dekat Mutiara Damansara.Walaupun suasana bandar tapi kami pergi sembahyang raya di surau Damansara, lupa la nama surau tu..bangun seawal 6 pagi untuk solat subuh sebenarnya semangat raya yang lebih sampai kejutkan Marelyn dengan sms.haha!!cian dia bangun pagi2 buta ,tu la buat ringtone lagu panjang lebar lagi...

Mengantok asalnya sebab malam raya tolong mak cik uji masak untuk juadah pagi raya,kuah kacang(my fav) dan kuah spaghetti..lagi yang membuatkan rasa penat sebab baru balik dari kerja dan penat workout dekat gym..sampai tertidur depan tv,ramai pulak call nak wish raya nasib la.. Fath kalau sudah tidur memang angkat phone amai2 la...merepek saja.buruk betul perangai..

Apa yang best kali ni kami beraya all girls tau..haha...yang tak best nya tetiba Fath kena turun showroom..sebab Su ada hal..nak tak nak wajib turun..terpaksa Kak Umai hantar Fath ke kantor. Than macam biasa keluar lunch dengan Su dan Marelyn.Kami kalau keluar makan memang kuat makan.adeh..Balik kak Umai datang jemput.Balik baget nak tidur..angan2 la..mulut nak berborak lebih..sampai la maghrib solat than makan lagi..lepas tu buat kecoh lagi sampai boleh tertidur pulak dekat bilik mak cik uji..bangun je bilik gelap diorang tinggal kan Fath..wahaha!!Mak cik uji dan Enya pergi hantar Syira dekat Shah Alam minah tu ada kelas esok pagi.Tersedar dari tidur tadi terus pergi mandi dan layan cakerama, lama tak tengok tv..Pukul 10.15 diorang pulang than dalam pukul 12 Darling sampai..keluar minum dekat Mc'D sebelah Ikea.pukul 1 pulang dan siap tidur.zzzzzzz...........

No comments: