Thursday, January 1, 2009

Happy New Year!!!Welcome 2009!!!


Tahun ini Fath mula kan langkah dengan bercuti terlebih dahulu bagi merehat kan otak fikiran dan jasad...huhu...Dalam masa2 cuti boleh pula diganggu dengan MALAUN!!!malas la nak cerita dekat sini siapa.tapi yang pasti jelas dan nyata Fath sakit hati sesangat dengan 'dia'.Pantang betul bila orang MAKI@ TUDUH Fath dengan melulu. Jangan harap Fath nak minta maaf!!Ego Fath bertempat juga tapi kalau sudah ternyata bukan salah Fath,jangan mimpi k!nampak saja Fath hati kering..tapi kalau sudah melanggar pantang ku.memang cari nahas la...ganggu mood la..Pembuka tahun yang menusuk kalbu betul.

Disebalik tu memang tersemat coretan cerita pembuka tahun yang menggembirakan..cuti Fath dihabiskan bersama dengan Darling dan kawan nya...kenangan manis ini biarlah menjadi tanda tanya korang ye...haha!!!kalau sudah semua Fath cerita kali ni saja nak gedik tak nak bagi tahu...haha!!!cuti Fath dipenuhi dengan insan yang berhak dan aktiviti yang sepatutnya.Terima Kasih!!

Setiap tahun ada azam,target dan warna tahunan buat Fath.Semua nya adalah bergantung pada hati,naluri dan pengalaman serta pengajaran tahun2 lepas.Maka....

AZAM : Macam biasa mahu lebih terbaik dari yang terbaik dari terdahulu..


TARGET: Baca dibawah...

  • Fath nak jadi anak yang solehah dengar kata mama dan ayah.hormat mereka lebih dari orang lain.Sebelum ni Fath pernah tertinggikan suara dan ingkar.Besarnya dosa Fath.Ampunkan dosa ku Ya Allah!bukan niat ku..Maka Fath akan cuba jaga mulut,amarah dan tindak tanduk sebaik mungkin.Amin..
  • Fath nak jadi kekasih yang baik akan jaga hati dan perasan 'dia' dengan lebih baik dan baik.kerana Fath bukan lah yang terbaik,kekurangan tu masih menyerlah.Walaupun 'dia' bukan cinta pertama tapi 'dia' cinta terakhir Fath jikalau bukan...cinta tu hanya untuk diri sendiri.sebab Fath dah teramat letih untuk berkasih lagi.Insan yang baik,pemimpin,serasi,sepadan,memahami,hormat,soleh didunia dan akhirat yang Fath impikan sebagai pasangan hidup ku.Terbaik yang fath impikan.Amin.
  • Fath nak jadi kakak yang matang dan dapat mendidik adik2 untuk jadi lebih baik dari Fath.Memandangkan Fath sudah jadi kakak sulong sejak kak Yati berkahwin maka Fath akan utamakan adik2 dahulu.Kalau diorang nak kahwin dulu sebelum Fath.maka diorang diutamakan..begitu juga dalam perkara yang lain.
  • Fath nak jadi kawan yang baik dengan membahagiakan mereka sebagai kawan.Sebelum ni Fath mengalami masalah untuk membahagikan masa antara,diri,kerja,keluarga,kekasih,geng sekolah,kawan2 kolej,kawan2 pratikal,kawan2 diKajang,saudara mara,kawan2 diKL,dan sesiapa sahaja yang rapat dengan Fath sebelum ni..Masa Fath amat terhad untuk memuaskan hati semua pihak.
  • Fath nak jadi pekerja yang berdedikasi..maklumlah baru lepas belajar buat kerja tak berapa serius yang sepatutnya..Maka fath akan berusaha memantapkan dan lebih berdispilin coz' im a hard worker lady.Lebih merancang dengan teliti bagi projek dan business yang tertangguh sebelum ni atas sebab2 tertentu.Lebih terbuka untuk mencuba dan menerima segala tawaran modelling.
  • Fath nak jadi rakyat dan insan berguna.Apa yang boleh disumbangkan untuk negara mahupun orang yang memerlukan adalah mengikut kemampuan.Fath tak kaya tapi Fath suka sangat untuk derma darah.ikhlas sangat.ramai yang di luar sana yang memerlukan darah.lagi2 darah Fath jenis O.Fath juga akan cuba ambil bahagian untuk menjadi sukarela bagi membantu orang2 susah@apa sahaja yang mermerlukan.
WARNA: Putih!!


Marilah kita jadi terbaik dari yang terbaik!!