Friday, January 23, 2009

Singgah Sebentar...



Sepatutnya masa untuk tidur ni tapi hati tak tenang dan tak senang.Luahkan disini sebagai ubat sementara a.k.a ubat tidur.huhu..Fath baru balik(12.44am) dari jumpa Enya tadi ,Sherly pun ada sekali dekat UNITEN tapi kami buat perbincangan(urgent) di restoran soho,Bangi. Duduk je dikerusi dan toleh belakang macam kenal kereta sizuki ni..driver bukak tingkap kereta terus Fath jerit nama Asry.Pendek cerita diorang datang nak tapau sate je..macam biasa Liya mesti ada tak sangka Fizie pun turut serta.lepak semeja la kejap..Pada masa yang sama Fath bermesej dengan 'darling'.Kekeliruan berlaku pada dirinya.Dalam keadaan dirinya yang penat dan boring teramat sendirian dirumah, seakan Fath membiarkan dirinya begitu,sama sekali tidak, Fath tak akan paksa 'si dia' ikut kehendak Fath lagi2 'si dia' dalam keadaan penat@moody, dah la Fath banyak susahkan ' si dia' ,Fath akan cuba senangkan 'si dia' kelak.Hari ni sudah timbul kekeliruan antara kami. Ye la...Fath tetiba nak keluar jumpa Enya..tak ada angin ribut lepas 1/2 jam 'si dia' hantar Fath dekat rumah terus nak keluar kan..sesiapa pun hairan..tak rancang apa pun..lepas mandi terus minta kunci kereta ayah nak cepat sebab kena masuk UNITEN sebelum jam 12 malam.Lama dah tak jumpa Enya.lagi pun banyak benda kitaorang perlu bincang bersama, pasal si Huriyyah(kakak Enya) nak tunang,persiapan kitaorang holiday awal bulan depan..cerita terkini...business baru Enya..semua kami bercakap dengan laju dan pantas sebab masa teramat suntuk. Agak kecoh dimeja minum takala semua nak bercakap.macam2.Selesai sate dibungkus mereka pulang..diikuti kami beransur terus ke bank,Sherley ada urusan than ke UNITEN semula.kereta ayah Fath parking di depan UNITEN,3 orang je gerak 1 kereta sudah..pergi dan pulang sendirian..kalau urgent macam ni la..semua Fath jadi berani..kalau ikutkan ayah tak bagi Fath drive seorang diri lagi2 tengah malam.'darling' pun seanggapan demikian.

Sampai rumah je..hati tak senang sebab rasa macam terabaikan sesuatu pada seseorang yang bergelar 'buah hati'.Fath paling tak kisah bila Fath penat ke busy ke..serabut ke,tak sihat ke,tengah susah ke..apa ke Fath akan cuba sedaya boleh untuk luang kan masa@tolong sesuatu@teman@seumpama, dengan tersayang lagi2 'darling'. Hati memang tak sedap kalau diantara yang tersayang ni terasa hati dengan Fath.Memang tak keruan dan sedih.Biar Fath susah tapi jangan susah kan diaorang.Fath memang sibuk sejak dua menjak ni..kerja,dan seumpama yang memerlukan komitmen Fath sepenuhnya.Sehingga kan hanya 2 kali sahaja Fath sempat pergi gym bulan ni..masa memang cemburi aktiviti harian Fath.Sudah seminggu makan pun tak terurus.tidur tak menentu,kulit muka macam alien..semua orang dah jijik ngan muka fath..terasa sikit la..beza takala kita cantik dan bila buruk.Fath telan je rasa tu..orang kutuk ke perli ke..senyum je..benda betul kan.malu dan sedih tau.orang pun dah takut nak cium pipi..D'LEH (meow)yang tak geli.huhu..it's ok.just take it and forget.:-)

No comments: