Tuesday, January 27, 2009

Hurr Bertunang sudah...26/01/2009


Cuti pun sibuk..senang cerita memang macam ni la tiap hari..kali ni memang niat ambil cuti untuk memberi komitmen dihari bersejarah buat sepupu rapat Fath,Hurriyah(hurr) bertunang juga akhirnya setelah sekian lama bercinta dengan buah hati nya,Bird. 2 hari cuti dihabiskan memang tak sia2.

Mood yang asalnya tak berapa bagus, nak tau kenapa sila baca post dibawah ni. Bangun pagi sahaja terus capai gunting..pontong rambut!!kalau nak tau Fath kalau moody memang lepaskan dekat rambut.Ikut suka nak potong dan warnakan sedikit. Sanggup tu pergi kedai cari warna 'gila'. warna yellow/orange yang Fath dapat.Mama memang tak cakap apa la..biarkan sahaja anak dia yang sememang macam ni. warna tu tak menjadi pula..kurang bagus.Rasanya warna merah juga yang sesuai dengan Fath.Lantak la kan..

Bersiap kemas apa yang patut, jam 5 petang sudah mata yang teramat mengantuk tadi direhatkan seketika.Mata yang bertahan semalamnya berjaga selama 24jam.Hati kalau tak senang kerana cinta macam ni la..lumrah..tapi rasanya tidak sama bercinta terdahulu.penangan kali ini lebih mendalam.Tempuh juga.

Jam 6 petang gerak dari rumah dengan kereta/train(komuter,LRT) than Enya jemput di stesen Taman Melati.Terus menggegarkan satu rumah Hurr di Sri Gombak.Sampai sahaja memang semua Fath kenal 'all girls' lagi..MAK DATANG!!!haha...mulut paling kepoh dalam saudara mara...Sila ringan kan tulang ye...Buat apa yang patut sampai jam 2 malam..tak penat tapi mengantuk..tidur sehingga jam 8 pagi...Bangkit!!!






Bertindak dengan pantas.masa ni la nak kena gubah bunga la apa la..make up seawal 9 pagi untuk kami yang bukan pengantin la kan..makan memang tak sempat la..jam 12 tengah hari orang ramai sudah mula memenuhi semua ruang rumah 4 tingkat ni...kira2 jam 1 petang majlis bermula...Jangan salah pengantin ye..'MAK' tak ada baju baru selain baju raya tahun lepas yang seakan baju orang nak bertunang..hahahaa...memang bagi kecoh..yang pasti tidak terlebih gaya..

Kami menjayakan majlis sebaik boleh..sehingg tamat majlis.Rehat dan sambung kemas satu rumah.Letih...

Apa pun Congratulation Hurr dan Bird!!

No comments: