
our calendar
Mengurat lah walaupun Dia memang pasanganmu..Ini Idea Fath, tak kisah la usia hubungan cinta baru 5 tahun,5 bulan, 5 minggu, mahupun 5 hari. Mentang-mentang ikatan sudah terpateri, tiada lagi mainan mata, goda mengoda atau sedikit kejutan seperti dulu. Benarlah bagai dikata, " belum dapat memanglah. Sudah dapat, seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir'. Indahnya saat pikat memikat..cuba ingat balik.macam-macam ragam.Semua tu Fath pernah lalui.Lain orang lain cara.Cara paling bagus, Kekalkan hubungan dari awal sampai bila-bila dengan indah.
1-Kad CintaTeknik ni dari zaman sekolah lagi Fath tak jemu buat.Hasil tangan sendiri paling 'superb'! sebab U all sanggup meluangkan masa & memerah otak untuk hasilkan something special untuk si dia. Tak kisah la cantik atau tak, kalau si dia terima U all seadanya ,100% si dia tak akan menolak.
2-Kejutan Dini Hari'good morning sayang!', 'good night abang!'...Fath percaya ramai buat perkara seperti ni, Biarlah ia datang dari hati U all sendiri untuk ungkapkan kata2 indah, bukan sekadar dimasa2 yang sama, tapi dimasa2 yang tidak diduga..contohnya..pukul 3 pagi.'I LOVE U', cuba lah.hihi!pasti si dia akan memBelut!
3-Rakam gambarTiap kali dating mesti tangkap gambar bersama kan?!biasalah tu..Fath pun buat juga.Apa kata U all kasi membara lagi hubungan dengan rakam/tangkap gambar restaurant untuk next dating ke..tempat bakal majlis perkahwinan U all ke..then e-mel/MMS/etc dengan pesanan paling ringkas tapi tepat seperti.."you & me,Here.Tonight."..sweet kan!*selamat mencuba!
4-Malam KitaKalau dah tahu si dia pulang lewat, jangan la buat bodoh je, apa kata,U all balik awal then siapkan dinner dengan penuh romantis, pasang lilin siap ada taburan bunga2...wah!pada yang belum kahwin lagi tu simpan je dulu tips no.3 ni ye.Kalau nak buat boleh juga, reserve mana2 restaurant terbaik untuk saat romantis U all ok.
5-Kongsi mimpi SeksimuBuat secara bersahaja, ceritakan mimpi U all semalam padanya..Kalau mimpi bercanda dengannya di atas kapal indah, disaat itu U all memegang tangannya agar tidak jatuh ke laut dibawa pergi ombak deras. Tapi jangan pula U all cerita dia lemas then U je yang terselamat..tu namanya cari nahas ok.

Adik I dapat surat cinta hari ni! 11/11/10 dihari jadinya.
6-Bekal Kasih SayangIni antara cara paling sweet dan simple je..Si dia sibuk bekerja,apa kata U all buat sandwich ke..pesan makanan kegemaran dia ke..& letak sekeping kad di dalam lunch box tu. Secara tak langsung menunjukkan sifat ambil berat terhadapnya, jangan lupa pemanis mulut & minta penghantaran segera ke pejabatnya.Oh ye jangan lupa pesanan ringkas lagi sweet ok.
7-Percutian HebatPergilah jauh di luar negeri, Tak payah jauh sangat pun, untuk beberapa hari pun boleh, 1 hari pun tak apa. Luangkan masa bersama jauh dari kesibukan kota.Secara tak langsung mengeratkan lagi hubungan yang terjalin & otak pun sama2 relax.
8-Rakam sejarah bersamaJika U all pandai melukis, lakarkan gambar berdua pada helaian kertas, Lukis kisah berdua setiap hari pada setiap kejadian. Ni memang Fath tengah buat.contoh pada pix 1st atas tu.hihi!Kemudian kumpul & jadikan 1 buku sejarah kamu berdua. Kalau tak pandai melukis pun tak apa, kumpul gambar berdua lebih kurang 20 keping . Susun mengikut cara romantis & lekatkan pada sebuah buku. Selepas dah siap hantar kepadanya.
9-Indah berjauhanJika salah seorang daripada U all dihantar bekerja diluar, inilah peluang mengundang rindu-rinduan. Seminggu sekali kamu hantar hadiah berbeze-beza. Pos laju kan ada. Kalau nak hantar hari-hari pun lagi bagus, membuatkan si dia tidak lena tidur teringatkanmu.
10-Telefon sahajaPaling mudah, telifon sahaja si dia & terus ucapkan kata-kata rindu yang terpendam dalam hatimu itu. Kamu hanya perlu bisikkan sepatah 2 patah je di telinga nya kemudian putuskan talian.haha!kejam tapi sweet!!!Usah berbual lama,nanti jumpa boleh borak lama,tak percaya cuba lah!
Simple but sweet. Lakukan tips ni sampai la bila2 pun.Seronok dapat bahagiakan hubungan sesama pasangan.Sebenarnya Fath ada 30 tips!hahaha!tapi yang ni paling Best! selebihnya tips bila dah kahwin nanti.i mean untuk pasangan dah kahwin.hihi.Selamat mencuba!
p/s: Love