Thursday, November 11, 2010

10 Teknik Mengurat

our calendar

Mengurat lah walaupun Dia memang pasanganmu..Ini Idea Fath, tak kisah la usia hubungan cinta baru 5 tahun,5 bulan, 5 minggu, mahupun 5 hari. Mentang-mentang ikatan sudah terpateri, tiada lagi mainan mata, goda mengoda atau sedikit kejutan seperti dulu. Benarlah bagai dikata, " belum dapat memanglah. Sudah dapat, seorang ke hulu, seorang lagi ke hilir'. Indahnya saat pikat memikat..cuba ingat balik.macam-macam ragam.Semua tu Fath pernah lalui.Lain orang lain cara.Cara paling bagus, Kekalkan hubungan dari awal sampai bila-bila dengan indah.

1-Kad Cinta

Teknik ni dari zaman sekolah lagi Fath tak jemu buat.Hasil tangan sendiri paling 'superb'! sebab U all sanggup meluangkan masa & memerah otak untuk hasilkan something special untuk si dia. Tak kisah la cantik atau tak, kalau si dia terima U all seadanya ,100% si dia tak akan menolak.

2-Kejutan Dini Hari

'good morning sayang!', 'good night abang!'...Fath percaya ramai buat perkara seperti ni, Biarlah ia datang dari hati U all sendiri untuk ungkapkan kata2 indah, bukan sekadar dimasa2 yang sama, tapi dimasa2 yang tidak diduga..contohnya..pukul 3 pagi.'I LOVE U', cuba lah.hihi!pasti si dia akan memBelut!

3-Rakam gambar

Tiap kali dating mesti tangkap gambar bersama kan?!biasalah tu..Fath pun buat juga.Apa kata U all kasi membara lagi hubungan dengan rakam/tangkap gambar restaurant untuk next dating ke..tempat bakal majlis perkahwinan U all ke..then e-mel/MMS/etc dengan pesanan paling ringkas tapi tepat seperti.."you & me,Here.Tonight."..sweet kan!*selamat mencuba!

4-Malam Kita

Kalau dah tahu si dia pulang lewat, jangan la buat bodoh je, apa kata,U all balik awal then siapkan dinner dengan penuh romantis, pasang lilin siap ada taburan bunga2...wah!pada yang belum kahwin lagi tu simpan je dulu tips no.3 ni ye.Kalau nak buat boleh juga, reserve mana2 restaurant terbaik untuk saat romantis U all ok.

5-Kongsi mimpi Seksimu

Buat secara bersahaja, ceritakan mimpi U all semalam padanya..Kalau mimpi bercanda dengannya di atas kapal indah, disaat itu U all memegang tangannya agar tidak jatuh ke laut dibawa pergi ombak deras. Tapi jangan pula U all cerita dia lemas then U je yang terselamat..tu namanya cari nahas ok.

Adik I dapat surat cinta hari ni! 11/11/10 dihari jadinya.

6-Bekal Kasih Sayang

Ini antara cara paling sweet dan simple je..Si dia sibuk bekerja,apa kata U all buat sandwich ke..pesan makanan kegemaran dia ke..& letak sekeping kad di dalam lunch box tu. Secara tak langsung menunjukkan sifat ambil berat terhadapnya, jangan lupa pemanis mulut & minta penghantaran segera ke pejabatnya.Oh ye jangan lupa pesanan ringkas lagi sweet ok.

7-Percutian Hebat

Pergilah jauh di luar negeri, Tak payah jauh sangat pun, untuk beberapa hari pun boleh, 1 hari pun tak apa. Luangkan masa bersama jauh dari kesibukan kota.Secara tak langsung mengeratkan lagi hubungan yang terjalin & otak pun sama2 relax.

8-Rakam sejarah bersama

Jika U all pandai melukis, lakarkan gambar berdua pada helaian kertas, Lukis kisah berdua setiap hari pada setiap kejadian. Ni memang Fath tengah buat.contoh pada pix 1st atas tu.hihi!Kemudian kumpul & jadikan 1 buku sejarah kamu berdua. Kalau tak pandai melukis pun tak apa, kumpul gambar berdua lebih kurang 20 keping . Susun mengikut cara romantis & lekatkan pada sebuah buku. Selepas dah siap hantar kepadanya.

9-Indah berjauhan

Jika salah seorang daripada U all dihantar bekerja diluar, inilah peluang mengundang rindu-rinduan. Seminggu sekali kamu hantar hadiah berbeze-beza. Pos laju kan ada. Kalau nak hantar hari-hari pun lagi bagus, membuatkan si dia tidak lena tidur teringatkanmu.

10-Telefon sahaja

Paling mudah, telifon sahaja si dia & terus ucapkan kata-kata rindu yang terpendam dalam hatimu itu. Kamu hanya perlu bisikkan sepatah 2 patah je di telinga nya kemudian putuskan talian.haha!kejam tapi sweet!!!Usah berbual lama,nanti jumpa boleh borak lama,tak percaya cuba lah!

Simple but sweet. Lakukan tips ni sampai la bila2 pun.Seronok dapat bahagiakan hubungan sesama pasangan.Sebenarnya Fath ada 30 tips!hahaha!tapi yang ni paling Best! selebihnya tips bila dah kahwin nanti.i mean untuk pasangan dah kahwin.hihi.Selamat mencuba!

p/s: Love

15 comments:

dyalova said...

akak, nak mtk izin amik tips2 ni letak kat blog boleh? heee ^^ (elakkan plagiarism) =p

Nuwul Makjah said...

mantap gilak adik mu wei hahaha ;) cool2 ..baideway tengs erh atas2 teknik2 ni,ku nak cube hehehehe ;)

siti fathiyah said...

to dyalova..boleh.silakan.sebarkan pun tak apa.to nuwul!hebatkan adik ku.hahahhaha!

Admiral Hafiz said...

wahhh
berguna betul

hehe
kne start praktis drpd sekarang ni


Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

cik EPAL said...

ehehe macam cakap dari pengalaman je ni fath. hehehe. tapi yangtelefon tu bila dah cakap pastu letak agak kejam la :D

siti fathiyah said...
This comment has been removed by the author.
siti fathiyah said...
This comment has been removed by the author.
siti fathiyah said...

betul tu cik epal!!Berdasarkan dari pengalamn dan pemerhatian.jgn la letak hempas,last sekali ckp la 'muah'!Dr.cinta dah i.hahahha!!! to admiral. cuba jgn tak cuba.buat utk mak ayah pun ok what.

Saed Ramadhan said...

farid a.k.a budak yang nak ngorat adik u tu umur berapa? apsal tak twitt je.. tak sangka ada orang masih guna kertas dan pen untuk mengorat.

cik epal & Fath : itu miss call atau dimelayukan (panggilan rindu)

siti fathiyah said...

to saed, farid tu baru 17 tahun.hahaha!kelakar i baca surat cinta tu.teringat masa sekolah dulu. tips ke-10 tu bkn miss call ye, tapi call.just u need say short words but sweet mcm.."i love u" tp jgn terus letak tggu la dia jawab 'luv u too' then 'muah' cepat letak!!!!hahahahha!kejam but sweet.

lizz said...

bahahahaha!!!koaja kau fath pi tunjuk surat cinta adik kau.hahaha!!! adoi, if aku la..dah bley bergaduh ni.

tapi,aku suke entry ni!!! woooott

shamsiah shamsuddin said...

nice tip..
nak try la..
hehe..
thanks for the sharing..

Nuwul Makjah said...

hahahahahaaaa...ti ku share link kt fb hak3 ;p ..ku jeles nge adik mu,ku xpenah dpt surat chinta wuu ;p

Saed Ramadhan said...

fath: haha.. rugi tul laki tu letak telefon awal.. kalau gf tu ada respon baik, mesti hati laki tu bunga bunga.. kalau respon kurang baik.. sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la.. hehe

siti fathiyah said...

Hahaha!saed,jgn la bg si cewek or cowok tu blur,tggu jp die jwb apa,then letak.but still kejam kn.hahahaha!