Sunday, December 13, 2009

December,12,2009


12/12/2009(Saturday)-Happy Monthly Anniversary yang ke-15.hihi...Masa berlalu dan semakin sibuk Fath untuk bulan terakhir tahun ini dan pelbagai dugaan yang Fath terima, Fath reda ujian diberi. Lalui dengan sabar dan layan kan sahaja.

Hari minggu yang penuh dengan aktiviti sehingga malam ini memang berbaloi dan buat Fath happy walaupun penat sepanjang hari. Bermula hari rabu lepas lagi Fath sibuk dengan kerja di kantor, dapat client dari India. Semua staff sibuk uruskan perihal client kami kali ini.InsyaAllah semunya berjalan dengan lancar.

Ditambah pula , mama sakit akan perihal sakit wanita yang memudaratkan., ditambah juga ada masalah kecil dalam perhubungan (lumrah lah), Fath hanya dapat tumpukan pada kerja dan family sahaja.Hal lain Fath terpaksa tolak tepi dahulu, tidak mahu serabutkan kepala semata-mata.

Semalam 11/12/2009(Friday) mama di masukkan ke wad di hospital kajang akan penyakit wanita yang masih dalam ujian lagi ini, amat mengejutkan Fath, tanpa berlenggah lagi pulang dari kerja terus melawat mama.

Berbalik cerita hari ini 12/12/2009, fath harus menghadirkan diri dengan meeting bersama staff lain termasuk client kami, kemudian dalam jam 1.30 p.m fath dan andrew terus gerak ke bandar damanasara untuk menjemput abang razali (staff) bagi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Farhana (x-staff) di Kelana Jaya.

Tiba di majlis dalam jam 3 p.m , makan dan bergambar bersama pasangan pengantin, kemudian dalam jam 3.20 p.m kami gerak untuk masuk kerja semula, tetapi fath perlu manghantar abang Razali ke Bandar Damansara semula kemudian ke Bangsar untuk ambil barang tempahan, terus pula ke Mid Valley untuk menghantar Andrew .




Selepas itu terus ke Bandar Tasik Permaisuri, jemput Deng untuk membawanya menziarah mama Fath di hospital.Lebih kurang jam 4.30 p.m tiba di sana, ayah dan adik pun ada sekali.
Lebih kurang jam 6.00 p.m Fath menghantar ke taxi stand. Deng pulang dengan taxi kerana kereta nya masih dibengkel untuk ditukar pelbagai aksesori dan juag disebelah malamnya Deng ada kerja.

Selepas hantar Deng, kakak pula di hospital.Bertambah gembira Fath , kakak kesayangan Fath datang.Selang beberapa minute kemudian mak cik Uji(adik mama) dan Syira (anak) datang melawat juga.


Tepat jam 7.00 p.m kami ,pelawat disuruh pulang kerana masa melawat sudah tamat. Alamak!!Apiz on the way sudah. Nasib baik guard beritahu masih boleh melawat lagi pada jam 8.30 p.m sehinga jam 10 p.m.

Setiba sahaja Apiz di hospital kami ke Pizza Hut berhampiran terlebih dahulu kerana Fath perlu menukar baju kurung yang Fath pakai dari majlis kahwin petang tadi.Si Apiz ni punya lah suka sangat dengan kanak-kanak. Nampak ada baby sebelah kami, comel sangat!!tetiba Fath pula yang lebih-lebih nak bergambar.


Mohad Afiq Safuan


Lebih kurang jam 8.45 p.m kami tiba di wad mama ,seronoknya apiz dapat jumpa mama.Rapat pula mereka. Kemudian jam sudah menunjukkan jam 10 p.m kami harus pulang kerana waktu melawat sudah tamat. Fath dalam keadaan teramat penat dengan pelbagai aktiviti dan tidak cukup tidur sejak rabu lepas, harus pulang terus ke rumah family kerana kakak pun ada disana. Apiz macam biasalah kalau dia ada memang akan follow kereta Fath dari belakang ,teman Fath sampai depan rumah. Setiba dirumah seluruh keluarga anak susuan keluarga Fath ada didepan rumah, Memang panjang lah cerita kali ini...apiz pula bawa-bawa budak-budak ni rasa kereta dia mazda Rx8, siap buat drift lagi.Fath siap rekod tu.hihi..

Anas Aiman dan Lokman (anak susuan kelurga Fath)

Memandangkan Anas ini minat sangat dengan kereta , panjang la cerita...masuk pula ayah yang sememangnya pakar mengenai enjin kereta ini , maklumlah bekas pengajar dalam bidang ejin jentera.Apatah lagi kereta. Dalam jam 12.30 p.m Apiz pun pulang.Fath pun mandi ,borak ,makan ice-cream dan tidur.

Oh ye lupa...asyik cerita pasal apiz ni, dia antara kawan baik Fath, sebab dia rakan borak mama sebenarnya.

Akhir sekali Fath mengucapkan amat terima kasih kepada Enya yang juga datang melawat pada 11/12/2009, deng,Mak cik Uji,syira dan apiz atas kedatangan anda menziarahi mama. Sayang mereka semua!!!

No comments: