Monday, December 28, 2009

5 activities in 1 day


27/12/2009(Sunday)-Bangun je..mengantok sebab tidak cukup tidur..terus bersiap untuk ke kantor..sebagai aktiviti pertama,Seperti biasa cari sarapan, entah kenapa tengah gian makan roti boy..sedap.. dan mulakan kerja dengan baik.Hari ini mood biasa cuma tiada keselesaan badan, serba serbi tidak kena, bulan mengambang la.Hari ini pulang kerja awal sejam dan terus ke Kajang untuk melawat mama,sebagai aktiviti ke-2, sebelum itu menjemput Faridah di balai polis, dan asiyah di Taman Mesra. Setiba nya di wad, kelihatan ramai juga pelawat-pelawat lain berada disitu. Ayah dan adik-adik yang lain juga pun ada. Tidak lama kemudian Hajar dan suaminya tiba. Pengantin baru tu.

there we are...

Selepas masa melawat tamat, kami geng sekolah ini terus pergi ke Oldtown , Metro Point, Kajang sebagai aktiviti ke-3 Fath. Meluangkan masa bersama, bukan senang untuk kami berkumpul, Fath memang sibuk dengan macam-macam, asiyah kerja, Hajar sudah kahwin kena lebihkan kelurganya, Faridah masih belajar di Kuching ,sarawak. Rabu ini dia pulang kesana, inilah masanya untuk meluangkan masa walaupun seketika. Rakan yang lain masih sibuk sehingga sekarang belum dapat jumpa lagi. Aktiviti ke-4 pula berjumpa pula sebentar dengan Abang Tony di secret Recipe,Metro Point, Kajang.kawan lama yang akan berjumpa 2 tahun sekali sahaja.hihi..Dia datang nak bagi hadiah.Terima Kasih!

K-ron..awat muka gitu??hahah!!

Kek birthday Abah! siap ada api tu..hahah!!

Happy birthday Abah (family angkat), sweet 54!, Selepas sahaja reunion tadi Fath terus ke rumah Abah untuk menyambut birthday abah dirumahnya bersama-sama ahli keluarganya, untuk aktiviti ke-5 ini, tidak lengkap dengan tetamu iaitu Abang Adook, isteri dan anaknya tidak dapat hadir kerana rumahnya dirompak.Kesian nya. Semoga selepas ini lebih mendapat rezeki melimpah lagi.

Tetamu yang hadir

Abah dan Shadiya(cucu pertama)

Shadiya, mak Diya and Fath

with Abah!

Hadiah dari Abang Tony dan Abah untuk birthday Fath(14/12/2009)

Walaupun tidak cukup tidur, tidak berapa sihat, Fath tetap nak juga luangkan masa bersama mereka, bukan selalu jumpa dan ini merupakan antara aktiviti penutup bagi 2009,Sorry to Deng buat dia risau atas kesihatan Fath sejak dua menjak ini, Fath yang degil makan ubat dan suka paksa diri sehingga tidak cukup rehat ini memang perlu ditegur, kerana Fath ni bila sibuk senang jatuh sakit.Love you Deng!!!Secara tidak langsung Fath telah menyenaraikan azam bagi 2010 nanti untuk lebih baik dalam apa jua.InsyaAllah.Nantikan post yang pelbagai lagi selepas ini.


No comments: