Wednesday, December 16, 2009

14/12/2009-my lovely birthday!!!


14/12/2009(Monday)
-Happy Birthday to me!!!!and sweet 24.Semuanya dirasakan amat bahagia, ucapan dari orang-orang yang Fath sayang.Tahun ini Fath menerima ucapan paling banyak dalam sejarah hidup Fath. didalam facebook sahaja sudah lebih dari 500 ucapan dari orang yang berbeza-beza,memang diluar jangkaan.Terima kasih yang teramat kepada semua kenalan itu.


Bermula pada 13/12/2009(sunday), Fath kerja seperti biasa di sebelah petang. Oleh kerana sibuk dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kerja dan perihal keluarga sejak dua menjak ini memang Fath tidak dapat agak apa yang akan terjadi, Tetapi naluri hati dapat merasakan ada sesuatu kejutan yang dibuat oleh seseorang. Pada petangnya Fath menerima panggilan talifon dari Apiz ,yang meminta tolong kerana dia mempunyai masalah...katanya lah...

Berjanji pula untuk berjumpa di sekitan Wangsa maju.Jam 11.30p.m pula itu, eh?kenapa 11.30?? setiba sahaja di Wangsa Maju ,Fath diarahkan untuk pergi ke Wangsa Walk ,Pergi terus pula Di TGI Friday's, Pada mulanya Fath tidak menyangka apa-apa sehinggalah tiba beberapa orang staff TGI friday's dengan membawa kek, terus pula menyuruh Fath berdiri diatas kerusi sambil memegang botol sos cili. Memang kelakar sebab selalu Fath tengok orang yang kena sebegini di TGI Friday's tetapi kali ini giliran Fath pula. Apa yang paling mengejutkan, Enya datang dari belakang bersama-sama dengan camera ditangan nya.Apa lagi menjerit sambil marah si Apiz ni.kerana gunakan alasan 'tolong' untuk surprise.Apa pun terima kasih banyak-banyak!Lagi-lagi si apiz dan Enya,mereka sebenarnya tidak pernah berjumpa pun, tetapi boleh bekerjasama.


kek pertama yang comel dan sedap.





TGI sudah tutup maka sambung minum di KFC pula.

Muka tidur 3 jam sahaja ni.

Semalam 13/12/2009(sunday) ,Fath balik celebrated jam 3 pagi, tidur pula jam 4 pagi, memandangkan Fath harus membuat Pasport untuk percutian ke Bandung dan Jakarta pada 17hb-20hb /12/2009. Maka Fath harus bangkit jam 7 pagi kerana perlu datang awal di cawangan Jabatan Imigresen Malaysia di Jalan Reko,Kajang.

Selesai mendaftar jam 11 pagi,mengantuk yang teramat dan perlu datang semula untuk mengambil pasport jam 1 petang. Alhadulillah semuanya selesai dengan baik.Tetapi sementara menunggu Pasport siap ,Fath pulang kerumah bersama ayah dan sempat tidur selama 20 minute sahaja, setelah ambil pasport Fath terus pergi kerumah Deng.Kami celebrated birthday Fath bersama.Dating di Sunway Pyramid! Macam-macam dirancang tetapi makan adalah utama.

Secret Recipe Deng Pilih untuk menjamu selera walaupun Nando's yang dicarinya.Fath bedal je.Sambil berborak tiba-tiba Deng menunjukkan sesuatu, tapi entah kenapa Fath blur dan terpinga sekejap, Talifon Blackberry curve 8520 ini untuk Fath!!yeay!!!!

love white!!!Deng memang memahami!

inilah juadah kami, american brownies memang tidak lupa!

Lalu sahaja di satu kedai ini, Deng terus nampak satu jacket yang lebih kurang sama dengan jacket dia. dan suruh Fath cuba pakai, padan dengan Fath , terus Deng Belikan untuk Fath.Terima Kasih lagi!!!

Dalam mengejar masa, Fath masih boleh tersenyum seorang diri dari semalam sehinggalah tengah malam 14/12/2009, selepas dating dengan Deng, Fath menghantar Deng pulang dan terus mencari kek di secret recipe untuk diri sendiri dan untuk adik bongsu Fath, kami kongsi hari jadi yang sama, kerana tarikh lahir kami sama.Cuma tahun sahaja yang berlainan. Sejak tahun 2000, Fath menyambut hari jadi bersama dengan adik bongsu Fath.Kami seperti kembar kerana perangai lebih kurang.

Disini Fath ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada family Fath ,Deng,Enya, Abang Halem, Apiz, Bal, Hajar, Ekin, Che Wan, Engku, Pendek, Amat, Nahar, Abang Man, Aten, Izzat, Tony,Sri,Tomy dan ramai lagi....termasuklah yang mengucapkan didalam facebook dan myspace.Melalui sms pun juga.sayang mereka semua!!!terima kasih banyak!!!Sampai bila-bila tidak akan lupa!semoga mereka dicurah rezeki dan dipanjang kan umur serta sihat tubuh badan.amin!

4 comments:

cik EPAL said...

fath! i ada cerita pasal u dekat sini...

http://cikepal06.blogspot.com/2009/12/review-blog-blog-hebat-dari-sudut.html

p/s: jangan marah ye..hehe :)

Edriena Hazelina said...

ooo.. u model rupe nye..
sate pembace setia intrend. xsangke u ade dalam tu.

btw, i folo n link u ok!

siti fathiyah said...

hihi...tq cikepal!!!!
x marah langsung...suka....
u bg opinion u psl fath...hihi

siti fathiyah said...

hi edriena!!
tq so much!!!keep in touch ya!!!