

Setiba sahaja disana Fath datang bersama Fazlun(super model) rupanya. Ramai model yang hadir.Tetapi tidak sempat untuk bergambar sekali sebab Fath perlu rushing ke majlis kahwin kawan seorang lagi Hajar.
Siti Hajar Mohd YasinTiba agak lewat dalam jam 3 pm di majlis persandingan Hajar ini, terlepas untuk berjumpa Khairon@kron dan Khairi@cikot. Tetapi meriah adanya Azwa dan Asiyah disitu, Rakan lain sibuk dengan urusan lain. Fath sengaja meletakkan majlis iniyang ke-2 kerana ingin meluangkan lebih banyak masa bersama geng-geng sekolah ini .Kepada Bal, Faridah, Fetus, Din, Amin,Rozy dan Hasib, kenapa korang tidak datang? kepada Bal dan Faridah memang tiada di Selangor, boleh dimaafi. Kalau Fath Kahwin suatu hari nanti kalau korang tidak datang siap korang.hahah.

Balik rumah sekejap untuk berehat seketika. Selepas itu lebih kurang jam 8 pm, Fath dan adik Fath gerak terus ke putrajaya.
Liya Banks dan Asry Tepat jam 8.20 pm kami tiba di dewan sri Endon,persint 10, Putrajaya. Memang grand majlis mereka ini.Majlis yang bertemakan warna merah jambu ini memang nampak comel dan sangat meriah dengan kehadiran tetamu.
Dimeja makanPada awalnya Fath tersilap meja,pelik kenapa semeja dengan rakan sekolah Liya ,terus Fath mesej Liya bertanya kan perihal tersebut, rupanya meja lain la..haha.
Affan!!sekian lama tidak ketemu
Kesimpulan untuk hari ini 05/12/2009, memang berbaloi bagi Fath ,kerana secara tidak langsung Fath dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan dan dapat berjumpa dengan kawan yang sudah lama tidak ketemu dan secara kebetulan pula itu.Penat memang sudah biasa, janji happy!



















No comments:
Post a Comment