Wednesday, December 23, 2009

Bandung and Jakarta Trip 2009

17/12/2009(Thursday)- Hari yang dirancangkan sudah tiba.Ke Bandung dan Jakarta!Mengikut plan awalnya ini adalah trip beramai-ramai, seorang demi seorang ada masalah dari segi jadual kerja dan komitment lain. Maka akhirnya Fath , Enya dan seseorang (business) Fath yang confirm pergi bersama.Bukan cuti semata-mata pun.Tarikh ini dipilih adalah kerana bagi memudahkan urusan kerja yang lain.

Seminggu sebelum kami kesana pelbagai dugaan yang Fath terima, selepas 1 , 1 lagi yang datang. Makin dekat pula tarikh lahir Fath ketika itu, Berlaku perselisihan faham dalam perhubungan ,kemudian dapat projek kerja yang bernilai berjuta ringgit maknanya kerja bertimbun-timbun datang , dalam masa yang sama, mama jatuh sakit, disyaki kanser. dalam masa seminggu sahaja semua perihal tersebut berlaku, Ujian tersebut Fath terima dengan reda dan tabah. Pada masa yang sama Fath memerlukan sokongan daripada yang tersayang. huhu..Terima kasih pada Enya,Engku,Abg Halim, Apiz, dan Deng telah memberi semangat pada Fath.



Hari cuti ini Fath seperti biasa terus packing dan pergi di money changer dan tunggu masa untuk dijemput.Flight dijadualkan akan tiba jam 8.30p.m di LCCT. Dalam jam 5p.m , Deng sudah tiba didepan rumah untuk menjemput Fath kemudian menjemput Enya terus ke Uniten terus ke LCCT. Tiba sebelum jam 6 p.m kami terus check in,Fath sengaja hendak Deng menghantarkan kami ,kerana 4 hari Fath dan Deng akan berjauhan. Rindulah kiraya nanti.hihi...

minum dulu di Oldtown

Inilah muka ceria selepas 2 jam penantian kerana flight delay, last flight bagi air asia selalu begitu.
Inilah Terminal airport di bandung , Bandaran Husein Sastranegara Bandung.

Dinner kami di sebuah restaurant yang agak jauh sedikit dari hotel kami kerana kami tiba agak lewat iaitu jam 11.30 p.m (indonesia) kerana kami bertolak lewat dari malaysia jam 10.15 pm(waktu Malaysia). Maka kami terpaksa la makan direstaurant yang dibuka 24 jam ini, Tetapi apa yang kurang menyenangkan adalah bau masakan sunda , mungkin bagi orang lain boleh terima, tapi bukan Fath dan Enya. aduhai...lapar ..makan juga lah walaupun tidak banyak. Putus selera la....Satu lagi sebab Fath terlupa nak buat roaming so...putus la hubungan untuk sementara waktu dengan orang-orang di Malaysia.aya....bad mood terus malam tu.


18/12/2009(Friday)-Awal muharam!!!Muka ceria betul dipagi hari..kerana dapat makan sedap yang disediakan oleh pihak Vue Palace Hotel.yummy!!!! dan juga kami akan mulakan acara pertama kami diBandung. I'm so excited! coz nak pergi beli sim card baru untuk sementara berada di Indonesia ini.

Ini antara juadah Fath untuk sarapan.


Semasa perjalanan , kami menikmati setiap masa permandangan diluar, memang berbeza dari perumahan , budaya dan pelbagai lagi...Ini kerana penduduk mereka terlalu ramai.Tidak seperti di Malaysia yang jauh lebih baik,bersih, selesa dan aman. Percaya lah. Anda pasti sayang sangat dengan Malaysia setelah membuat perbandingan.Hidup Malaysia!!!huhu...

Ini satu lagi muka ceria setelah beli sim card.huhu...bergambar pula dengan kuda....

Taman Wisata Alam Tankuban Perahu


Permandangan sekitar di atas pnucak tangkuban perahu ini.


Ada sejarah sebenarnya mengenai Tangkuban Perahu ini.Fath nak menceritakan disini pun takut salah kerana berdasarkan cerita dari orang la bukan dari fakta dimana-mana, mungkin ye tetapi tak buat reserch lagi...huhu .Apa pun cerita nya memang menarik sekali. Dibandung suhunya 24'C setiap tahun, so...anda kan nampak hampir semua penduduk disitu akan memakai jaket sepanjang masa.jaket kulit pula tu...amboi-amboi...

Pulut pangang atau nama sebenarnya.......erm...lupa la.hihi, Apa pun sedap, ada 2 rasa iaitu kuah kacang dan serbuk kelapa manis.


Lunch kami pertama dibandung, iaitu di restaurant Sederhana Padang, iaitu menghidangkan masakan paling terkenal di Padang iaitu Masakan Padang, sebelum ini Fath pernah dengar di Malaysia pun ada tetapi tidak pernah makan pun , Pertama kali makan dan ini adalah cara hidangan yang sebenar, iaitu dengan menghidangkan semua lauk , dan anda perlu membayar apa yang anda makan sahaja. Sedap!! Fath rasa rakyat Malaysia boleh terima masakan ini dengan baik . Tidak banyak beza dengan masakan Malaysia , tetapi Fath tetap suka masakan Malaysia lagi kerana mempunyai lebih cukup khasiat yang kita perlukan. Apa pun sesiapa yang tidak pernah datang ke Bandung lagi, Fath nasihatkan anda harus mencuba apa sahaja air jus buah-buahan. Teramat sedap dan murah!!!semurah Rm3 (malaysia) .Berbaloi-baloi!!

Kemudian ...shopping!!!bermula di Rumah mode!!paling wajib disinggahi.

Baget tak nak beli apa pun, ternampak pula satu beg channel ini..pergh!!!terus beli!berharga rp 287,000 (lebih kurang RM 90+)


Kemudian...pergi ke pelbagai factory outlet yang lain,masih mencari topi untuk Deng yang masih tidak ketemu. Kepada sesiapa peminat Levi's harus singgah di Toko 3.

Berderet kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai topi, tetapi tidak jumpa juga topi yang Deng inginkan .

Inilah topi untuk Deng walaupun tidak serupa apa yang dia inginkan.

Setelah di tanya salah seorangf staff di Toko 3, mengenai topi yang Fath katakan itu , dia mencadangkan Fath pergi ke Ciwalk mall.

Balik mandi dan terus dinner di Karamba sundanese bistro.

enak!!ikan bakar. walaupun cara masakan nya lain.

19/12/2009(Saturday)-Pagi ,sarapan yang enak.Kami perlu ke Pasar Baru sebelum gerak ke Jakarta , di Pasar Baru adalah tempat dimana terdapatnya pelbagai jenis kain untuk perkahwinan dan sebagainya, murah dan cantik, kualiti juga bagus.Kira tempat wajib datang.


Bersama Tante Lisa! sesiapa pernah datang jalan-jalan didalam Pasar Baru pasti terjumpa tauke ubat pelangsingan badan ini..

Inilah Alex. driver kami sepanjang di Bandung.

tiket kereta api

Selesa didalam kereta api ini , dari Bandung ke Gambir,Jakarta mengambil masa selama 3 jam.Tidur bangun balik berapa kali la...tpi sepanjang perjalanan boleh lihat permandangan sebahagian kehidupan rakyat disana. Permandangan padi bukit paling cantik! Setiba di Gambir, kami dijemput oleh Roney, rakan business Enya. memang baik dan gila-gila.

Ini lah hotel penginapan kami , Jayakarta Hotel and resort!


Setiba sahaja kami di hotel Jayakarta, kami dihidangkan buah-buhan ini didalam bilik, wow!!layanan VIP gitu....
Bersiap sedia Untuk dinner dan karaoke untuk aktiviti riadah diwaktu malam.

Disini lah...inul punya karaoke.

macam di Europe pula.

Ini lah dinner Fath...

20/12/2009(Sunday)-Tengok la muka Fath capek bangat!Tetapi makan tetap makan! makan sedap di hotel ini di Betawi cafe. sambil online dengan menggunakan wifi hotel.


Desert untuk breakfast memang sedap! donut nya lembut bangat!! dan martabak roti atau puding roti(malaysia) memang sedap!!! with coklat lagi!!!!sampai 3 round Fath dan Enya makan.Kami suka makan.


Aktiviti hari ini adalah pergi ke Mangga 2 sebelum pulang.. Disini teramat sesak dan pening!!!Fath memang tidak tahan tempat yang panas dan sesak...tidak....tetapi nak tengok tempat orang kan...harung juga la walaupun rasa macam nak pengsan.


Mana satu ye untuk persandingan perkahwinan nanti...hahahah!!konon je...

aksi letih yang teramat ni....

Cantik tak?rambut Fath ni...

lembut tau!tapi hanya lah rambut palsu.huhu murah! dengan harga rp 180,000 (Rm50)


lunch kami, dapat satu pengajaran disini... di Indonesia jangan sebut huruf 'W' dengan sebutan English ataupun seumpamanya. 'W' disebut dengan bunyi 'wey' . ingat ya...so ..kalau mahu cari A & W , sebut 'A & Wey'. hihi...

Di di soekarno hatta airport,cengkareng,indonesia

Lihat sebahagian pelancong dari Malaysia mahu berangkat pulang.

Selepas check in , kami singgah dinner.Soto mee santapan Fath...


Oleh kerana Flight Delay lagi....maka kami minta izin untuk keluar dari tempat boarding, lepak cafe la...

vanilla latte!!!di JJroyal cafe.

Pihak Air asia memberi semua penumpang flight ke Kuala Lumpur bekalan makanan kerana flight delay, first time dapat..huhu..sedap juga..alhamdulillah dan terima kasih kerana prihatin.

jamah juga walaupun sudah kenyang.

Letih dan happy sangat setibanya di LCCT! rindu Malaysia sangat!!

Oleh kerana delay ,flight bertolak jam 10.30pm (indonesia) dan tiba di LCCT jam 01.30 a.m (Malaysia). Kesimpulan disini , Kalau mahu bercuti ataupun ada urusan di Indonesia , ambil lah hari yang lebih untuk berehat, 4 hari untuk 2 destinasi dikawasan bandar, memang amat meletihkan!sampai sakit 1 badan. Apa pun Fath gembira dapat datang ke Indonesia buat pertama kalinya, mengenali tempat orang.Baget tahun depan ke Australia, jika tiada sebarang halangan.insyaAllah.Amin.

No comments: