Wednesday, December 16, 2009

14/12/2009-my lovely birthday!!!


14/12/2009(Monday)
-Happy Birthday to me!!!!and sweet 24.Semuanya dirasakan amat bahagia, ucapan dari orang-orang yang Fath sayang.Tahun ini Fath menerima ucapan paling banyak dalam sejarah hidup Fath. didalam facebook sahaja sudah lebih dari 500 ucapan dari orang yang berbeza-beza,memang diluar jangkaan.Terima kasih yang teramat kepada semua kenalan itu.


Bermula pada 13/12/2009(sunday), Fath kerja seperti biasa di sebelah petang. Oleh kerana sibuk dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan kerja dan perihal keluarga sejak dua menjak ini memang Fath tidak dapat agak apa yang akan terjadi, Tetapi naluri hati dapat merasakan ada sesuatu kejutan yang dibuat oleh seseorang. Pada petangnya Fath menerima panggilan talifon dari Apiz ,yang meminta tolong kerana dia mempunyai masalah...katanya lah...

Berjanji pula untuk berjumpa di sekitan Wangsa maju.Jam 11.30p.m pula itu, eh?kenapa 11.30?? setiba sahaja di Wangsa Maju ,Fath diarahkan untuk pergi ke Wangsa Walk ,Pergi terus pula Di TGI Friday's, Pada mulanya Fath tidak menyangka apa-apa sehinggalah tiba beberapa orang staff TGI friday's dengan membawa kek, terus pula menyuruh Fath berdiri diatas kerusi sambil memegang botol sos cili. Memang kelakar sebab selalu Fath tengok orang yang kena sebegini di TGI Friday's tetapi kali ini giliran Fath pula. Apa yang paling mengejutkan, Enya datang dari belakang bersama-sama dengan camera ditangan nya.Apa lagi menjerit sambil marah si Apiz ni.kerana gunakan alasan 'tolong' untuk surprise.Apa pun terima kasih banyak-banyak!Lagi-lagi si apiz dan Enya,mereka sebenarnya tidak pernah berjumpa pun, tetapi boleh bekerjasama.


kek pertama yang comel dan sedap.





TGI sudah tutup maka sambung minum di KFC pula.

Muka tidur 3 jam sahaja ni.

Semalam 13/12/2009(sunday) ,Fath balik celebrated jam 3 pagi, tidur pula jam 4 pagi, memandangkan Fath harus membuat Pasport untuk percutian ke Bandung dan Jakarta pada 17hb-20hb /12/2009. Maka Fath harus bangkit jam 7 pagi kerana perlu datang awal di cawangan Jabatan Imigresen Malaysia di Jalan Reko,Kajang.

Selesai mendaftar jam 11 pagi,mengantuk yang teramat dan perlu datang semula untuk mengambil pasport jam 1 petang. Alhadulillah semuanya selesai dengan baik.Tetapi sementara menunggu Pasport siap ,Fath pulang kerumah bersama ayah dan sempat tidur selama 20 minute sahaja, setelah ambil pasport Fath terus pergi kerumah Deng.Kami celebrated birthday Fath bersama.Dating di Sunway Pyramid! Macam-macam dirancang tetapi makan adalah utama.

Secret Recipe Deng Pilih untuk menjamu selera walaupun Nando's yang dicarinya.Fath bedal je.Sambil berborak tiba-tiba Deng menunjukkan sesuatu, tapi entah kenapa Fath blur dan terpinga sekejap, Talifon Blackberry curve 8520 ini untuk Fath!!yeay!!!!

love white!!!Deng memang memahami!

inilah juadah kami, american brownies memang tidak lupa!

Lalu sahaja di satu kedai ini, Deng terus nampak satu jacket yang lebih kurang sama dengan jacket dia. dan suruh Fath cuba pakai, padan dengan Fath , terus Deng Belikan untuk Fath.Terima Kasih lagi!!!

Dalam mengejar masa, Fath masih boleh tersenyum seorang diri dari semalam sehinggalah tengah malam 14/12/2009, selepas dating dengan Deng, Fath menghantar Deng pulang dan terus mencari kek di secret recipe untuk diri sendiri dan untuk adik bongsu Fath, kami kongsi hari jadi yang sama, kerana tarikh lahir kami sama.Cuma tahun sahaja yang berlainan. Sejak tahun 2000, Fath menyambut hari jadi bersama dengan adik bongsu Fath.Kami seperti kembar kerana perangai lebih kurang.

Disini Fath ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada family Fath ,Deng,Enya, Abang Halem, Apiz, Bal, Hajar, Ekin, Che Wan, Engku, Pendek, Amat, Nahar, Abang Man, Aten, Izzat, Tony,Sri,Tomy dan ramai lagi....termasuklah yang mengucapkan didalam facebook dan myspace.Melalui sms pun juga.sayang mereka semua!!!terima kasih banyak!!!Sampai bila-bila tidak akan lupa!semoga mereka dicurah rezeki dan dipanjang kan umur serta sihat tubuh badan.amin!

Sunday, December 13, 2009

December,12,2009


12/12/2009(Saturday)-Happy Monthly Anniversary yang ke-15.hihi...Masa berlalu dan semakin sibuk Fath untuk bulan terakhir tahun ini dan pelbagai dugaan yang Fath terima, Fath reda ujian diberi. Lalui dengan sabar dan layan kan sahaja.

Hari minggu yang penuh dengan aktiviti sehingga malam ini memang berbaloi dan buat Fath happy walaupun penat sepanjang hari. Bermula hari rabu lepas lagi Fath sibuk dengan kerja di kantor, dapat client dari India. Semua staff sibuk uruskan perihal client kami kali ini.InsyaAllah semunya berjalan dengan lancar.

Ditambah pula , mama sakit akan perihal sakit wanita yang memudaratkan., ditambah juga ada masalah kecil dalam perhubungan (lumrah lah), Fath hanya dapat tumpukan pada kerja dan family sahaja.Hal lain Fath terpaksa tolak tepi dahulu, tidak mahu serabutkan kepala semata-mata.

Semalam 11/12/2009(Friday) mama di masukkan ke wad di hospital kajang akan penyakit wanita yang masih dalam ujian lagi ini, amat mengejutkan Fath, tanpa berlenggah lagi pulang dari kerja terus melawat mama.

Berbalik cerita hari ini 12/12/2009, fath harus menghadirkan diri dengan meeting bersama staff lain termasuk client kami, kemudian dalam jam 1.30 p.m fath dan andrew terus gerak ke bandar damanasara untuk menjemput abang razali (staff) bagi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Farhana (x-staff) di Kelana Jaya.

Tiba di majlis dalam jam 3 p.m , makan dan bergambar bersama pasangan pengantin, kemudian dalam jam 3.20 p.m kami gerak untuk masuk kerja semula, tetapi fath perlu manghantar abang Razali ke Bandar Damansara semula kemudian ke Bangsar untuk ambil barang tempahan, terus pula ke Mid Valley untuk menghantar Andrew .




Selepas itu terus ke Bandar Tasik Permaisuri, jemput Deng untuk membawanya menziarah mama Fath di hospital.Lebih kurang jam 4.30 p.m tiba di sana, ayah dan adik pun ada sekali.
Lebih kurang jam 6.00 p.m Fath menghantar ke taxi stand. Deng pulang dengan taxi kerana kereta nya masih dibengkel untuk ditukar pelbagai aksesori dan juag disebelah malamnya Deng ada kerja.

Selepas hantar Deng, kakak pula di hospital.Bertambah gembira Fath , kakak kesayangan Fath datang.Selang beberapa minute kemudian mak cik Uji(adik mama) dan Syira (anak) datang melawat juga.


Tepat jam 7.00 p.m kami ,pelawat disuruh pulang kerana masa melawat sudah tamat. Alamak!!Apiz on the way sudah. Nasib baik guard beritahu masih boleh melawat lagi pada jam 8.30 p.m sehinga jam 10 p.m.

Setiba sahaja Apiz di hospital kami ke Pizza Hut berhampiran terlebih dahulu kerana Fath perlu menukar baju kurung yang Fath pakai dari majlis kahwin petang tadi.Si Apiz ni punya lah suka sangat dengan kanak-kanak. Nampak ada baby sebelah kami, comel sangat!!tetiba Fath pula yang lebih-lebih nak bergambar.


Mohad Afiq Safuan


Lebih kurang jam 8.45 p.m kami tiba di wad mama ,seronoknya apiz dapat jumpa mama.Rapat pula mereka. Kemudian jam sudah menunjukkan jam 10 p.m kami harus pulang kerana waktu melawat sudah tamat. Fath dalam keadaan teramat penat dengan pelbagai aktiviti dan tidak cukup tidur sejak rabu lepas, harus pulang terus ke rumah family kerana kakak pun ada disana. Apiz macam biasalah kalau dia ada memang akan follow kereta Fath dari belakang ,teman Fath sampai depan rumah. Setiba dirumah seluruh keluarga anak susuan keluarga Fath ada didepan rumah, Memang panjang lah cerita kali ini...apiz pula bawa-bawa budak-budak ni rasa kereta dia mazda Rx8, siap buat drift lagi.Fath siap rekod tu.hihi..

Anas Aiman dan Lokman (anak susuan kelurga Fath)

Memandangkan Anas ini minat sangat dengan kereta , panjang la cerita...masuk pula ayah yang sememangnya pakar mengenai enjin kereta ini , maklumlah bekas pengajar dalam bidang ejin jentera.Apatah lagi kereta. Dalam jam 12.30 p.m Apiz pun pulang.Fath pun mandi ,borak ,makan ice-cream dan tidur.

Oh ye lupa...asyik cerita pasal apiz ni, dia antara kawan baik Fath, sebab dia rakan borak mama sebenarnya.

Akhir sekali Fath mengucapkan amat terima kasih kepada Enya yang juga datang melawat pada 11/12/2009, deng,Mak cik Uji,syira dan apiz atas kedatangan anda menziarahi mama. Sayang mereka semua!!!

Thursday, December 10, 2009

Soulmate-Natasha Bedingfield




Incompatible, it don't matter though
'cos someone's bound to hear my cry
Speak out if you do
You're not easy to find

Is it possible Mr. Loveable
Is already in my life?
Right in front of me
Or maybe you're in disguise

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Here we are again, circles never end
How do I find the perfect fit
There's enough for everyone
But I'm still waiting in line

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

If there's a soulmate for everyone

Most relationships seem so transitory
They're all good but not the permanent one

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone

Who doesn't long for someone to hold
Who knows how to love you without being told
Somebody tell me why I'm on my own
If there's a soulmate for everyone
If there's a soulmate for everyone

Tuesday, December 8, 2009

Metro -08/12/2009

08/12/2009(Tuesday)-Bangun pagi tadi, mama terus datang ke bilik Fath tunjukkkan keratan akhbar ini. Cerita mengenai perkahwinan Liya dan Asry tempoh hari, terselit juga lah muka Fath didalam ini.Disini sekadar ingin berkongsi cerita.hihi...

Sunday, December 6, 2009

3 weddings on 1 day

Intan Zulaikha Raja Hazenan

05/12/2009(Saturday)-Hari untuk sahabat ku. Bangun pagi punya lah lewat, kira-kira jam 11 a.m sebab tidur lambat semalamnya. Punya lah sudah terlewat, Fath sudah berjanji dengan Engku,jiran Fath untuk pergi carwash sama-sama.Kereta masing-masing sudah kotor. Alahai kena 'Q' la pula...Sementara tunggu kami menikmati mium pagi di restoran mamak didepan careash itu. Oh tidak!sudah kelewatan. Balik rumah terus bersiap dan pecut terus ke Bandar Tun Hussein Onn,Cheras bersama adik Fath,Nisah ke Majlis persandingan Intan Zulaikha(model) @ kawan sekolah rendah.

acara menepung tawar


Setiba sahaja disana Fath datang bersama Fazlun(super model) rupanya. Ramai model yang hadir.Tetapi tidak sempat untuk bergambar sekali sebab Fath perlu rushing ke majlis kahwin kawan seorang lagi Hajar.

Siti Hajar Mohd Yasin

Tiba agak lewat dalam jam 3 pm di majlis persandingan Hajar ini, terlepas untuk berjumpa Khairon@kron dan Khairi@cikot. Tetapi meriah adanya Azwa dan Asiyah disitu, Rakan lain sibuk dengan urusan lain. Fath sengaja meletakkan majlis iniyang ke-2 kerana ingin meluangkan lebih banyak masa bersama geng-geng sekolah ini .Kepada Bal, Faridah, Fetus, Din, Amin,Rozy dan Hasib, kenapa korang tidak datang? kepada Bal dan Faridah memang tiada di Selangor, boleh dimaafi. Kalau Fath Kahwin suatu hari nanti kalau korang tidak datang siap korang.hahah.


Kek kahwin Hajar

Tidak!!!!Azwa...jangan......hahhhhaaaaa!!!!

Balik rumah sekejap untuk berehat seketika. Selepas itu lebih kurang jam 8 pm, Fath dan adik Fath gerak terus ke putrajaya.

Liya Banks dan Asry

Tepat jam 8.20 pm kami tiba di dewan sri Endon,persint 10, Putrajaya. Memang grand majlis mereka ini.Majlis yang bertemakan warna merah jambu ini memang nampak comel dan sangat meriah dengan kehadiran tetamu.

i'm so happy for them

Pelamin Liya dan Asry

Fizie pengapit tetap..gitu.

Live band

Dimeja makan

Pada awalnya Fath tersilap meja,pelik kenapa semeja dengan rakan sekolah Liya ,terus Fath mesej Liya bertanya kan perihal tersebut, rupanya meja lain la..haha.

Kami borak sepanjang majlis.

Danish a. k.a maccow menangis di akhir majlis.cian dia rimas.

Saari ...apa yang kamu cuba lakukan?haha...

antara artis yang menyumbangkan lagu, Afif

Saari perform

Khai dan rosma

Dessert

Bersama Farhan, penat dia terbang dari Langkawi

Affan!!sekian lama tidak ketemu

Kesimpulan untuk hari ini 05/12/2009, memang berbaloi bagi Fath ,kerana secara tidak langsung Fath dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan dan dapat berjumpa dengan kawan yang sudah lama tidak ketemu dan secara kebetulan pula itu.Penat memang sudah biasa, janji happy!