Sunday, April 26, 2009

Sesuatu


SITI FATHIYAH
(gambar ditangkap setelah selesai photoshoot)

Pohon maaf kepada pembaca blog Fath,dimaklumkan disini ada aktiviti sejak 17/04/2009(jumaat) iaitu Fath telah pergi 'casting' di DMO Production,dimana mereka telah menalifon Fath pagi hari tersebut .dengan tanpa membuang masa tengah hari tersebut juga Fath datang casting untuk CANON Tvc.Datang pula seorang diri dengan semangat yang diberi oleh Enya.Thanks.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Pada 22/04/2009(rabu) Fath ada photoshoot untuk baju pengantin.Fida(pemilik butik) menalifon Fath malam 21/04/2009 (selasa) dengan urgent dia memerlukan model untuk meragakan koleksi baju pengantin butik beliau untuk promosi di media cetak.Fath bersetuju setelah dimaklumkan oleh beliau bahawa Kak Sulya yang memperkenalkan Fath.Thanks kak.Photoshoot yang dijalankan di Studio iaitu di taman TTDI Jaya,seksyen 13,Shah Alam.Terus terang Fath memang kurang tahu selok belok jalan Shah Alam.Oleh itu seawal 7 pagi Fath gerak dari rumah ke Puchong iaitu berhampiran rumah Fida dan butik.Ikut dari situ sampai ke destinasi.Photoshoot bermula jam 11 pagi setelah di make-up kan.Selesai photoshoot terus ke Bangsar,kerja pula.


Pada 24/04/2009(jumaat) kira-kira jam 11pagi Fath menerima panggilan dari DMO Production.Bahawasanya Fath telah dipilih antara model yang akan menjayakan iklan canon nanti.Gembira tidak terhingga kerana rindu nak 'acting' lagi menerusi tvc, setelah Garnier Tvc-Astro 2007-2008 adalah tvc pertama Fath dan dari situ timbul lah minat Fath dalam modelling hingga kini dan sampai mati.

Oleh itu nantikan post gambar-gambar photoshoot baju pengantin setelah siap,dan juga gambar-gambar semasa shooting canon tvc pada 30/04/2009(khamis) nanti....

2 comments:

:: Husniyyah Alhusna :: said...

chaiyok my darling!
nya sentiase support akk sampai bile2!
semoge kite same2 berjaye..
pedulik sama org yg selalu dengki dengan idop kite..
yg penting, kite eppy!! yippie!;))

siti fathiyah said...

betul2!!!kita usaha utk diri n org tersayang.janji edop bahagia....