Tuesday, April 7, 2009

Khasiat buah dan sayur,Yummy!!



Sedapnya buah dan sayur!!Mungkin ada diluar san tidak menyukainya kerana rasanya ada yang kurang enak tetapi hakikatnya tinggi khasiatnya.Bermacam cara untuk jadikan ia sedap melalui hidangan yang betul.

Tadi Fath makan buah jambu batu sambil terbaca petikan mengenai khasiat makanan.Terus timbul rasa nak kongsi cerita ni dengan pembaca blog Fath ni.Apa yang Fath tahu pengambilan pil makanan tambahan masih dalam pertimbangan banyak pihak kerana ada yang berpendapat ia perlu, terutama dengan gaya pemakanan terlalu mewah dan kurang sihat seperti diamalkan kebanyakan orang, sama ada di bandar atau luar bandar.


Namun, secara dasarnya semua pakar sependapat, kita tidak perlukan pil makanan tambahan jika mengamalkan gaya pemakanan seimbang dengan mendapat cukup air dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan serta sayur-sayuran setiap hari.

Semuanya terpulang pada pertimbangan dan penilaian diri sendiri. Kita bertuah tinggal di negara yang makmur dan kaya dengan kepelbagaian makanan. Kita ada peluang memilih sama ada mahu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan seimbang atau sebaliknya.

Walaupun pakar kesihatan menyarankan kita mengambil lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan pengambilan sumber serat ini ditingkatkan kepada lima hingga sembilan hidangan sehari sebagai perlindungan daripada penyakit.

Bagaimanapun, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati rakyat negara kita hanya mengambil tiga hingga lima h
idangan; kalau makan pun, biasanya tidak tetap (bukan pada setiap waktu makan) atau diambil berselang hari.

Pun begitu, bukan rakyat negara membangun saja yang menghadapi masalah kurang makan sayur kerana kajian menunjukkan rakyat negara maju yang kononnya lebih berpendidikan dan terdedah kepada banyak maklumat kesihatan seperti Amerika Syarikat juga kurang gemar makan sayur.

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah ‘ramuan’ utama untuk awet muda. Lebih berwarna warni sayur-sayuran kita, lebih baik. Ia sumber terbaik yang mengandungi banyak antioksidan, iaitu bahan penting bagi melawan kesan radikal bebas yang dikenal pasti boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.

Dua kajian berbeza yang dijalankan di Sepanyol dan Uruguay mendapati, memakan buah-buahan dan sayur-sayuran beraneka warna, khususnya hijau, kuning dan merah, boleh membantu mengelakkan kanser mulut.

Ini kerana buah-buahan dan sayur-sayuran beraneka warna mengandungi banyak antioksidan untuk menstabilkan tindakan radikal bebas dan menghalang pembentukan sel tidak normal yang boleh berubah menjadi sel kanser, terutama di kalangan perokok.


Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber serat paling baik untuk membersihkan usus kita. Menurut Pensyarah Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, badan kita perlu melakukan ‘pembersihan’ setiap hari melalui pembuangan air besar.


Proses ini hanya berjalan lancar jika kita mendapat air dan serat harian secukupnya. Ini sebabnya pada hari tertentu (apabila kita kurang minum air atau makan sayur dan buah) kita sukar buang air besar. Akibatnya, kita mula terasa kurang selesa kerana bahan sisa yang sepatutnya dibuang masih ada dalam badan.

Amalan pemakanan sihat yang melebihkan sumber serat, kurang lemak dan banyak air saling bekerjasama untuk membersihkan usus dengan lebih baik. Bahkan berpuasa sepanjang Ramadan membantu mempercepatkan proses itu kerana kurang makanan perlu diproses setiap hari.

Katanya, usus yang bersih daripada lapisan lemak boleh menyerap nutrien makanan dengan lebih baik. Ketika berpuasa, kita berpeluang membersihkan badan (terutama saluran usus) daripada bahan kumuh yang boleh menjadi tempat pembiakan bakteria dan menyebabkan keradangan usus.

Caranya juga sangat mudah iaitu berbuka dengan sebiji dua kurma, banyak minum air pada waktu malam, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan makanan berlemak, mengandungi banyak garam dan gula.

Makanan berlemak dan terlalu manis bukan saja tidak baik untuk kesihatan, tetapi menyebabkan kita cepat letih keesokan harinya.

Memang pil makanan tambahan boleh menampung kekurangan vitamin dan mineral, tetapi ia tidak boleh dijadikan pengganti sajian. Maknanya, jangan kerana kita mengambil pil vitamin tertentu, kita boleh menolak sayur dan buah daripada senarai makanan harian.



Tidak kira apa bentuk sajian sayur (sama ada dimakan mentah sebagai ulam, dimasak atau dijadikan jus) semuanya memberi manfaat kepada kita. Malah, kajian di Eropah menunjukkan badan lebih mudah mencerna dan menyerap nutrien daripada sayur yang dimasak.

Kajian itu mendapati proses memasak boleh meningkatkan prestasi sayur seperti lobak merah, brokoli dan bayam untuk menjaga kesihatan. Kandungan karotenoid dalam lobak merah didapati meningkat lima kali ganda berbanding yang dimakan mentah dan memudahkan ia diserap badan.Tapi Fath tidak makan timun,petai,dan jering...yang lain Fath bedal je.


Namun, yang lebih penting ialah keseronokan ketika menikmati makanan. Mengambil makanan seimbang secara tidak langsung memberi pengaruh positif kepada psikologi seseorang. Melaluinya, kita terdorong untuk mempelajari lebih banyak mengenai pemakanan, khasiat dan kesannya terhadap kesihatan.

Kelebihan ini tidak dapat ditandingi pil makanan tambahan. Lagi pun, apa ertinya hidup jika sentiasa bergantung kepada pil, sedangkan kita dikelilingi pelbagai kurniaan Allah yang perlu dinikmati dan disyukuri. Jadikan Ramadan ini sebagai titik mula ke arah kehidupan lebih baik dan sihat.

Mari kita sama-sama makan makanan yang sihat untuk jadi sihat dan lagi sihat..

2 comments:

:: Husniyyah Alhusna :: said...

kalo dh minum air banyak tapi payah nak berak gak cemane?

kalo takde duit nak bli sayur atau buah, leh ke makan rumput ?

hahahahah

siti fathiyah said...

makan je rumput tu..kucing pn makan rumput.hahaaa!!!!
x der duit beli sayur ambik je depan umah akak x pn tanam je kat uniten.pasti org uniten suka.
makan buah kelapa pn k ambik je depan umah akk gk.hahaaaa!!!