Saturday, April 4, 2009

Photoshoot with Perempuan's Magazine-02/04/2009


''From MRR2 ,exit at Ampang Jaya.International School on left ,Petronas and McD on right.Go straight,Turn right before Clinic Suria.Go straight.Pass a Minangkabau's house on right.At t-junction, turn left.House nmbre 153 on the right is the studio''.

Itu la Map yang Fath dapat melalui sms sebab kurang faham dengan hanya alamat yang diberi.Senang bagi Fath untuk mencari studio yang dimaksudkan kerana ia berada dalam satu taman rumah sepupu Fath, dan juga senang bagi Enya dan kawan-kawan datang bertandang sekali selepas ketibaan Fath.

Fath mula bangkit jam 7.30am bersiap seperti biasa selama sejam dan bertolak jam 9 am.singgah di Uniten dulu kerana asalnya Enya dan yang lain mahu gerak seiring , oleh kerana mereka mengalami kelewatan Fath gerak dahulu dan sampai di depan rumah@studio tepat jam 9.50am.Ftah orang pertama yang sampai selang 15 minit kemudian Kak Zakiah dari majalah Perempuan tiba bersama wartawan beliau.selang 5 minit kemudian Enya dan kawan-kawan sampai membawa sarapan dari McD.Lama pula tidak menjamah McD lagi banana pie..sedapnya..Memang Fath makan dahulu la kerana harus menunggu make-up artis yang sesat khabarnya di masa itu.Kak Ton @pemilik Zaiton Alias boutique tiba paling akhir sekali iaitu jam 1.00 di mana model utama Shafnie telah siap di make-up kan.Fath bukan model utama untuk cover story ye..Dunia Glamour ini tidak mengenali Fath lagi.

Dalam jam 3 petang Deng datang bertandang.kami balik seiring dengan kereta masing-masing.Makan pula di Secret recipe sebab Fath yang kelaparan belum menikmati makanan dari tengah hari.Tempat kenangan kami di outlet Bangsar.Kemudian Deng menemani Fath di showroom ,Fath kerja la hari ini cuma masuk lewat. Deng yang kemudian workout di gym dan kami pulang berasingan di malam nya.Thanks pada semua untuk hari tersebut.





Siti Fathiyah dan Kak Zakiah


Siti Fathiyah dan Enya


DEE,u make-up i memamg cantik....

No comments: