Wednesday, November 26, 2008

Glamour vs Reality

Tetiba pula nak bercerita tentang topik ni.Bukan apa semalam chat @lebih kepada kena interview dengan writer Jomstar.com untuk ruagan Jomgal.Macam biasa kena bagi butiran asas full name, nick name,hobby and bla2...termasuk juga kena jawab beberapa soalan uji kefahaman.

"Kenapa nak ceburi bidang seni ni?",soalan yang sangat subjektif. Dan tidak hairan jawapan Fath banyak sama dengan talents sebelum ni.Berjeler la jawapannya.Bukan pertama kali disoal sebegini.Sesuatu yang selalu menjadi bualan orang sekeliling bila kita dah menceburi bidang seni ni. Glamour yang mereka tafsirkan pada pendirian dan targed Fath dalam isu ini. Baik buruk tanggapan diorang belakang cerita,pokok pangkal pada diri sendiri bagaimana handle kan nya.

Memang orang akan kata pendirian akan teguh pada awalnya dan akan dimond selepas famous serta lupa diri, mungkin ia akan terjadi pada semua celebrity yang kejarkan glamour. Bukan glamour yang Fath inginkan sebenarnya. Minat sahaja pun tak menjanjikan sepenuh impian kita. Kalau tak ada usaha dan pengetahuan dalam dunia seni ni.

Sedikit sebanyak Fath belajar selok belok dan benda2 yang tersirat disebalik dunia seni yang penuh cabaran.LOW PROFILE lebih sinonim dengan Fath walaupun Fath nampak lebih kecoh pada luarannya. Hidup ni singkat dan pelbagai ragam kena kita lalui.Fath tak akan sia2 kan masa yang telah Fath perolehi.Biar sibuk dengan aktiviti,biar tak dikenali orang,biar tak jutawan, tapi hidup biarlah bermakna untuk sekali ini. Pengalaman hidup yang Fath cari bagi mengisi memori kepala ni.Harungkan sahaja."bersedialah untuk tidak bersedia".

Tak semestinya peluang dapat lebih dari sekali.Maka buat la sesuatu tu kena pada diri berlandaskan kemahuan dan pendirian. Buat la dengan rasa senang dan suka bukan kerana lain. Lagi2 sekarang ZAMAN DUIT banyak benda yang berkait.Masuk toilet pun kena bayar kan apatah lagi yang lain.Hati boleh beli dengan duit ke?, mungkin boleh bagi sesetengah orang tapi sampai bila?

No comments: