Tuesday, January 11, 2011

Anugerah Juara Lagu 25


09/01/2011(Sunday)-Akhirnya.... ye,akhirnya Fath dapat datang ke AJL25 , kalau ikutkan Jadual Fath berada di Melaka lagi, shooting host program ' Di sebalik Nama Jalan TV1', last minute director buat rombakkan jadual, happy sampai tergagap.haha! seminggu di Melaka rasa macam sebulan wooo. Rindu orang-orang KL sampai nak nangis, drama nya!haha! Lagi excited Fath ke AJL bersama seseorang yang gila popular di Brunei! siapa? kerabat raja? hohoho.... dia lah..ASHRAFF RANNIL, he's a dj radio, host ,model & actor. Statement berkali-kali ni.Si Cherap ni turun Malaysia terus jadi orang biasa, macam Hannah Montena.kahkah. WAJIB jumpa Fath tiap kali & berkali-kali datang KL. Macam ASK2010 Fath main redah je. tapi si Cherap ni boleh berdebar-debar,gigit jari kaki dibuatnya, rupanya di Brunei mana ada event sebesar AJL. Mana taknya..bila Artis Malaysia turun Brunei , disambut macam artis Hollywood ok.


Sebelum apa-apa terjadi, kami ke salon bersama buat berkali-kali.Balun je salon mana pun, ala...takat nak buat semak atas kepala je.tengok la rambut kami, semak macam dekat stadium.


Sorry Fath tak lalu dekat red carpet ,Cherap kurang selesa. maka ikut tepi pun boleh. Hannah Montena kan...kihkih. Apa yang mendukacitakan semasa kami di pintu depan pintu masuk Stadium, orang berebut-rebut selama 1/2 an hour nak masuk, padahal kami duduk di kerusi yang dah ditetapkan, tapi kena tunggu sehingga penonton VIP lari ke pintu lain. Tak cukup pintu kot.

sangat teruja dengan stage ala TRON, sounds system pun bagus, orchestra superb,lighting mempersonakan & performance fanalis memukau.

siapa ni?? bukan ke U ni..kembar Hafiz AF di stage tadi?? kenalkan Aziz Hazmi .gimik persembahan Hafiz menjadi. tahniah! semua lagu dipertaruhkan tu semua Fath suka. Terutama 'Hanyut' & Drama King'. Tapi 'Tolong Ingatkan aku" tanpa diduga. Tahniah juga walaupun 70% audience bangun tinggalkan tempat duduk semasa juara sedang berucap. Fath saksinya ok.. Tepuk tangan laju-laju untuk persembahan Yuna, Faizal Tahir, API, Black, Hafiz, Meet uncle Hussien, Tomok & Bunkface. Senyum je untuk Shahir, adira & Ana Raffali. *pendapat Fath ,pasti audience pun setuju.

Kami sanggup tak ke post party, semata-mata nak spent time berempat makan diluar. Kami rapat since 2008 lagi macam dah rapat 20 tahun kot.

eh?'jam merah'?

p/s: Ayat 'berkali-kali' digunakan 'berkali-kali' untuk entri ni.

3 comments:

Nuwul Makjah said...

ayat dugunakan? ok nice -_-_-_-_-_-

Amirez said...

70% tinggalkan kerusi? lebih daripada ramai yg tak puas hati nampaknya

jaja aisyah said...

tak habis2 dgn jam merah. hahaha! i faham i faham. ;p