Sunday, October 11, 2009

Serasi Melalui Heiriki Keluarga


Ingin tahu karektor orang lain secara rahsia? Boleh juga meramal peribadi serta cara fikirnya dengan mudah. Anak sulong, anak bongsu, anak tengah ataupun anak tunggal , semuanya itu boleh mencerminkan peribadi dan sikapnya.

Jika dalam proses mencari, kaedah ini cukup baik untuk menyemak keserasian. Jika sedang mengalami ia cukup bagus untuk membina keserasian.

Percaya atau tidak ramai yang gagal membina hubungan yang baik, intim dan bahagia disebabkan tidak serasi kedudukan heiriki dalam keluarganya.

Jika anda anak sulong mencari pasangan yang juga anak sulong. Orang tua-tua kata pasangan begini 'panas'. Kenapa? Kedua-dua dominan ini tegas, ego dan jarang hendak mengalah. Jika anda telah jatuh cinta dan merasakan tidak boleh berpatah balik, buat perjanjian awal bahawa sebarang pertentangan mesti diselesaikan dengan penuh berhemah apabila berkahwin nanti...

Jika anda anak tengah (nombor 2 dan selepasnya tapi bukan akhir) dan pasangan sulong, ada kemungkinan anda akan berubah, lebih menurut sebab sabagi anak tengah, biasanya anda agak fleksibel dan mudah bertolak ansur,Untuk mengelakkan sebarang pertentangan anda lebih mudah mengalah. Anda akan dapati pasanagn seorang yang kuat memerintah ataupun terlalu bertegas apabila membuat keputusan. Pasangan seperti ini dikira serasi sebab memamng perlunya sikap yang kelihatan seperti sempurna menyempurnakan itu dalam membentuk kecemerlangan.

Bagaimana jika anda anak bongsu dan psangan pula anak sulong? Ini pasangan serasi. cuma si sulong usah terlalu pantas berlari kelak si bongsu tak terkejar.Si bongsu pula jangan terlalu mengada-ngada hingga semuanya perlukan kata-kata yang lembut ala-ala memujuk sebab si sulong kadang-kadang bosan dengan sikap seperti itu.Meskipun ketegasannya dapat dipatahkan oleh kemanjaan , usah lupa sikap mengada-ngada memang selalu menyakitkan hati.

Tengah dangan tengah.Bagamana yek? Ikut pengamatan pasangan ini juga serasi. Anak tengah selalunya pandai membawa diri, meskipun mudah merajuk, tetapi sikap-sikap semula jadi seperti adil. bertanggungjawab dan ceria dapat membantu memacu kehidupan ke tahap yang baik. Ramai orang berjaya adalah mereka yang penyabar dan mudah bertolak ansur dan kebanyakkan mereka adalah golongan ini.

Perlu paham anada berdua suka berahsia tetapi komunikasi yang baik akan menyebabkan kehidupan jadi selesa. Pasaangan ini boleh dikatakan saling melengkapi.

Anda anak tengah dan dia bongsu?(yup!) Anda rasa bagaimana hubungan ini? Bolehkah keserasian dibentuk? Jawapanya tidak seperti yang anda harapakan.(tidak...). Lebih baik jika anda yang bongsu dan dia yang tengah. Jika terbalik biasanya si perempuan tak akan dapat sabar dengan kelembapan si lelaki , maklum la manja.

Bagaimana jika bongsu dengan bongsu pula? Kedua-duanya ada karektor yang sama dan ini selalunya bermasalah sedikit. Anak bongsu mahu diberikan perhatian, apabila merajuk mahu dipujuk tetapi kedua-duanya sama menanti. Siapa yang yang akan memulakan langkah?

Pasangan begini boleh lah dikatakan kurang serasi. Namun, apa yang diperkatakan disini sekadar panduan . Ia tidak wajib betul malah harus salah. Sekadar panduan untuk ke destinasi rasanya adalah lebih baik jika ada sebarang penanda jalan.Setidak-tidaknya memahami psikologi pasangan melalui heiririki keluarga ini ia boleh membantu memperkukuhkan ikatan. Pengetahuan seperti ini sentiasa membantu untuk membentuk hubungan yang lebih intim dan ceria.

Anak Sulong

- Selalunya berwawasan, bertangungjawab, boleh diharap tetapi juga kadang-kadang ego. Adakalanya dia agak sampai hati, maklumlah pengganti ibu dan ayah apabila mereka tiada. Mereka selalunya berakhir sebagai orang yang berjaya.

Anak Tengah

-lebih fleksibel tetapi kadang-kadang cepat terasa, pandai bawa diri, lebih berdikari, cukup percaya pada diri sendiri dan selalunya cukup yakin dengan keputusan yang dibuat.mudah mengalah.

Anak Bongsu

-selalu disinonimkan sebagai manja, sensitif, terlalu memerlukan perhatian, happy good lucky, berkeyakinan dan keinginan tinggi, juga selalunya sukar nak buat keputusan sendiri.


Anak Tunggal

-selalu kurang unggul, jati diri juga lemah sebab biasanya sebagai anak tunggal akan terlalu diberikan perhatian oleh semua orang. Dia kurang daya saing dan semangat juang tetapi selalunya berwawasan untuk membalas jasa. Sifat ini membuatkan mereka tetap mencerlah apabila berada didunia luar sebenar kelak.



*Petikan oleh DR.HM Tuah Iskandar al-Haj


1 comment:

Taiko said...

Wah cam terkena la.. Saya anak tengah.. Tq for info..