Tuesday, October 6, 2009

Gala Nite Malaysian Wildlife Photographer of the year 2008

Siti Fathiyah

Syaza & Siti Fathiyah


05/10/2009(Monday)-Mengantuknya yang teramat..tidak cukup tidur dari hari jumaat lagi, hitam dibawah mata sudah terkelihatan..Masih belum dapat menggantikan tidur buat masa ini. Selepas pulang dari kerja sempat juga rehatkan diri dalam bilik stim di Celebrity Fitness, segar sikit badan.Menyenangkan dari perkara deisebelah Pagi yang penuh dengan serabut dan kelam kabut, sejak kebelakangan ini banyak perkara yang Fath lupa, dari perkara kecil hingga perkara besar,jangan kata tidak buat 'reminder' dalam talifon dan 'journal book' tapi masih tidak dapat menolong ,otak kemana entah. Nasib baik agenda utama hari ini Fath tidak lupa.


Jemputan telah pun di beritahu oleh media pada hari sabtu tempoh hari. Datang pula sebagai model yang pernah bekerjasama dengan beberapa photographer terbaik. 'Gala Night Malaysian Wildlife Photographer Of The Year 2008' ini berlangsung di Palace Of The Golden Horses, Mines. Majlis yang bermula pada jam 8 p.m ini kebanyakkan dihadiri oleh golongan koprat, lebih mengasyikkan dengan tarian dan persembahan oleh penari dan penyanyi. Tony Yussof sebagai pengacara utama disusuli dengan Dee yang memeriahkan suasana.Tahniah kepada semua pemenang dalam setiap kategori yang merangkul RM 2K dan sebiji camera Nikon .Pergh!macam ini Fath pun nak jadi photographer la...Tidak lupa juga kepada pemenang utama, siapa entah nama dia..maaf tidak ingat, telah menerima RM 10K!memang best. Kami? dapat makan la...seronok dapat kenal orang-orang baru..satu kepala pula tu..gila bergambar sampai tidak hiraukan acara diatas pentas.




Tidak sedar pula jam sudah menunjukkan jam 11.30 p.m, Kami yang datang berasingan mula pulang dengan gembira. Tidak sangka dapat berjumpa Syaza kenalan facebook. Rupanya sudah lama dia jadi kawan dalam facebook ,Fath sahaja yang tidak perasan.She's so tall!!!almost 180cm! bayangkan lah...what ever is she nice..

No comments: