Saturday, October 3, 2009

All for All


24/7 apa yang anda selalu lakukan? kerja?makan?tidur? macam-macam jawapan terjawab nanti. Bagaimana pula 24/7 anda lakukan atas dasar apa? untuk siapa? itu sendiri fikir dan jawab okay.Alangkah bahagianya dapat penuhi semua perkara yang dikehendaki dalam 24/7 itu. Tetapi ia mustahil.Kita ini manusia boleh merancang dan lakukan jika ia ditakdirkan sebegitu. Ada perkara yang boleh dilakukan dalam satu masa yang sama dan ada yang tidak.Laksanakan sahaja jika ia termampu.

Sepanjang 3 hari (30/9, 01/10, 02/10) alhamdulillah Fath dapat penuhi beberapa perkara utama pada insan-insan utama dalam hidup Fath. Keluarga adalah paling utama dan wajib, ke-2 adalah Deng. Ke-3 kawan-kawan.Tetapi paling rutin adalah kerja. Kalau tidak kerja mahu jadi apa? Biar bersusah payah bekerja dari menyusahkan orang lain. Paling risau apabila ada yang terasa hati tidak dapat meluangkan masa bersama. Menjaga hati-hati mereka sama seperti menjaga hati sendiri.

Semalam Fath puas hati dapat meluangkan masa bersama mereka. 5 perkara dalam 1 hari. Pertama, 5 a.m bangun untuk sahur puasa 6 hari ke -3,ke-2 masa bekerja diikuti dengan ke-3 iaitu aktiviti di rumah Deng , menolong apa yang patut untuk majlis rumah terbuka. Ke-4 menjemput kawan rapat masa sekolah menengah, Hajar. Paling kelakar sepanjang perjalanan untuk menjemput Hajar ini, Fath boleh tersilap jalan , padahal itu adalah jalan biasa dilalui. Otak ke lain, sebab sudah lambat ,majlis pun sudah mula . Keluar jemput Hajar jam 7.30 p.m dari Rumah Deng, jalan punya lah jem sampai tidak bergerak. risau dibuatnya. Setiba di majlis hampir jam 9 p.m .Harus ketemu semua ahli kelurga, saudara mara dan kawan-kawan Deng, Kemudian ke-5, menantikan ketibaan Keluarga Fath pula. Alhamdulillah mereka sampai. Seronok Fath seperti tuan rumah pula. Apa pun terima kasih kepada Deng dan sekeluarga menjemput Fath dan keluarga. Terima Kasih juga kepada Hajar, dapat kita luangkan masa bersama . Alhamdulillah aktiviti berjalan dengan lancar.

03/10/2009(saturday)- Hari yang penuh kejutan dari 2 orang kawan dan Pak su. Belum bangun pagi lagi walaupun jam sudah menunjukkan jam 9 a.m Fath menerima mesej rindu dari seorang kawan. terima kasih ingat Fath.haha. Bagun dari tidur jam 11 a.m, mama dan ayah sudah siap masak , Pak su dan keluarga mahu datang beraya. Tetapi sayang Fath tidak sempat jumpa sebab Fath keluar terlebih dahulu. Jam 3.30 p.m Fath menerima panggilan daripada seorang lagi kawan, mahu datang jengguk Fath. Terima kasih Izzat dan rakan-rakan nya yang lain. excited jumpa berborak. Kemudian lebih kurang jam 8.45 p.m , seorang lagi kawan, Nikman. memberi kejutan dengan membawa rakan-rakannya berjumpa.erm...apa yang pelik ye..cermin mata!kenapa tiba-tiba memakai cermin mata? ubah style ke? Janji happy ya...

No comments: