Sunday, October 4, 2009

From strap shoes

with my fav shoes

Kasut.Ada apa pada kasut? Apabila kita mula memakai kasut baru kita akan rasai kelainannya. Ia berbeza dengan kasut kita yang lama. Kalau boleh kita mahu kekal bersama kasut yang lama.tetapi kasut itu sudah rosak. Kita terpaksa memakai yang baru. Tetapi yang baru ini terasa agak sempit, apabila dibawa berjaan terasa seperti melecet.

Lama-kelamaan kit rasa selesa pula dengan kasut berkenaan.Kita pun menjadi hairan. Dulu terasa sempit di hujung tetapi sekarang sudah semakin kembang. Apa yang pernah dirasai bersama kasut yang lama terasa pula sekarang. Sesekali kita melihat kasut di kaki, bagaimana ia boleh berkembang?

Rupa-rupanya apabila diamati, bukan kerana kasut itu yang berkembang atau kaki kita yang mengecil tetapi talinya yang semakin memberi.Dahulu sewaktu mula-mula kita memakainya kita mengikat dengan kemas dan kejap, sesuai sebagai kasut baru, maka kita rasai beberapa keburukan , tetapi apabila selalu digunakan dan talinya semakin longgar dan memberi, kita sudah dapat rasai keselesaan yang asal.

Begitulah kasut bertoleransi dengan kita, untuk memberikan kita keselesaan dan keserasian. Ia melonggar dengan sendiri mengikut pergerakan kaki dan kekerapan is digunakan. Semakin ia digunakan semakin ia memahami keperluan kita dan kita pun semakin selesa dan lebih selesa.. Hingga apabila sampai masanya nanti kasut itu hendak dibuang kerqna telah rosak, kita tetap berasa sayang dan seperti tidak percaya akan dapat kasut yang cukup memahami sepert itu lagi.

Hidup ini begitulah, ibarat memakai kasut baru. Mula-mula menempuh alam baru pekerjaan, pelbagai ketidakselesaan akan dirasai, tetapi lama-lama nanti sudah biasa. Perkahwinanadalah tempoh untuk berasa sakit dengan pendirian dan perangai yang mungkin tidak sama. Asalkan sanggup menjadi seperti tali kasut yang sedia memberi untuk keselesaan kaki. Lama-lama nanti keserasian akan terasa dan nikmatnya dirasai bersama.

Hidup tidak boleh terlalu berkira dan rigid. Apabila sudah namanya hidup bersama, memang perlu banyak toleransi. Terlalu berkeras ibarat kasut yang menyakitkan apabila dipakai. Lama-lama akan timbul rasa bosan dan meradang. Kalau ada kasut baru, ia memang akan ditinggalkan. Klau tidak ada pula, rasa untuk membeli yang baru sentiasa bersarang.

Begitulah berbahayanya hidup bersama insan yang berlainan jantina sedangkan anda tidak mahu belajar tentangnya. Sekadar belajar mungkin tidak cukup, tetapi berubah demi keserasian yang membawa bahagia, selesa dan ceria.

Pada perihal lain terutama perkara berkaitan logik dan psikologi, saling memberi dan menerima itu adalah jawapan pada kehidupan yang amat menarik. Kita kena duduk di kopkit kereta, memasukkan kunci, menekan clucth, memasukkan gear, menekan minyak barulah kereta akan bergerak. Apabila dia mula bergerak kita kena memegang stereng dan sedia memusung-musingkannya mengikut peraturan dan keperluan jalan. Bolehkah kereta itu bergerak dengan sendirinya dan anda selamat ke destinasi tanpa berbuat apa-apa?

Jadilah ibarat tali kasut yang sedia mengikat, melonggarkan diri untuk memberi ruang tetapi sedia diikat kembali jika itu bermakna , keserasian dan destinasi.

2 comments:

mohd roselaini said...

haha..
kasut pon ade gak critenye sndiri..
sye main pakai je..
xpduli lgsg..
haha

siti fathiyah said...

semua bnda boleh dijadikan cerita.
hihi...