Sunday, October 25, 2009

Selamat Pengantin Baru , Fira dan Aloit


22/10/2009(Thursday)-Jadual harian Fath mula padat di siang hari adalah masa bekerja dan diwaktu malam pula masa untuk menolong kerja-kerja persiapan perkahwinan sepupu Fath, Fira. Perancangan yang dijanjikan berjalan dengan lancar tetapi berlainan pula hari ini dimana kira-kira jam 7 p.m Fath baru dapat tahu keluarga sepupu Fath ini mengadakan majlis tahlil secara mengejut. Akan tetapi tidak membawa masalah langsung kerana mengikut jadual Fath yang telah dipertanggungjawabkan untuk membuat inai untuk pengantin pada malam tersebut. Tidak diduga, inai yang dibeli oleh pengantin tidak boleh dipakai sama sekali. Jam pula telah menunjukkan jam 11 p.m, fikir punya fikir dan pelbagai idea dikeluarkan,sempat juga lah Fath tidur seketika, oleh kerana tiada jalan lain, Fath dan Enya membawa Fira ke Down Town , Cheras. Hanya disana sahaja yang menyediakan perkhidmatan berinai ini. Alhamdulillah kami tiba disitu jam 1 a.m, Kebetulan juga Deng berada berhampiran. Luangkan masa bersama walaupun sebentar sahaja. Paling kelakar semasa perjalanan pulang kami ditahan polis yang membuat roadblock.haha!!cuak juga la.sebab tidak pakai safety belt dan driver pula tidak membawa i.c, layankan sahaja polis-polis ini...dengar je la...akhirnya lepas.alhamdulillah.Lebih kurang jam 3 a.m kami selamat tiba di rumah . Penat dan teramat mengantuk.


23/10/2009(Friday)-Terus ke kantor jam 9 a.m, bekerja seperti biasa dan pulang agak awal jam 4.30 p.m untuk menghadiri majlis pernikahan Fira dan Aloit di Masjid berhampiran rumah Fira. Nasib baik sempat tiba walaupun majlis sudah pun berlangsung. Alhamdulillah mereka selamat diijab kabulkan. Tidak sangka pula Fath diperhatikan oleh beberapa lelaki iaitu rakan-rakan pengantin lelaki untuk mengambil gambar bersama. Nama dia , Fath tidak ambil tahu, maaf ya ,tidak dilayan.senyum sahaja untuk memenuhi permintaan bergambar bersama dan diambil oleh salah seorang photographer disitu. Majlis makan pula berlangsung dirumah keluarga Fira. Semuanya berjalan dengan lancar. Tepat jam 8 p.m majlis malam berinai pula berlangsung. Jarang orang sekarang membuat majlis ini. Kali ini Fath tidak ambil bahagian iaitu menyibuk ataupun menolong, haha. Layan Nur Kasih punya pasal. Lebih kurang jam 11 p.m Fath dan Enya pulang ke rumah Sri Gombak , letih dan mengantuk sangat, harus simpan tenaga untuk esok pula.



24/10/2009(Saturday)-Hari yang dinantikan sudah tiba. Bangkit jam 11 a.m dan terus bersiap lebih kurang jam 12.30 p.m Fath dan Enya tiba di rumah keluarga pengantin, Terus mendapatkan pengantin kemudian makan terlebih dahulu. Tepat jam 2 p.m rombongan pengantin lelaki tiba dan disambut dengan meriah sekali. Fath sebagai pengapit menjaga Fira dengan baik. Ini merupakan kali ke-3 Fath menjadi pengapit pengantin, dan berniatkan ini merupakan yang terakhir sebagai pengapit.haha.cukup la ye.Ramai sangat sudah bertanya bila Fath akan naik pelamin, jawapannya adalah.....suatu hari nanti.sama-sama lah kita doakan ye..haha. Tepat jam 4.30 p.m Fath terus pecut ke Kota Damansara, casting Pantene Tvc (sila baca post Casting Pantene TVC) ditemani oleh Enya, Thanks Enya. Aktiviti malam pula adalah menghadiri ke majlis ulang tahun majalah Eh! di Centro, KL Central. Meriah! dan ramai sangat orang. Fath rimas dalam kesesakkan orang ramai , rela berdiri jauh dari mereka. Tidak sangka berjumpa dengan Kak Mas di situ dan paling seronok dapat berjumpa Ainul! sekian lama kami tidak ketemu. Terdengar namaku disebut olehnya maka berborak lah kami seketika dan pulang kemudiannya , walaupun majlis belum habis. Cukup lah sekadar menunjukkan muka sudah memadai.Pulang terus ke rumah keluarga pengantin tadi , lebih kurang jam 12.30 a.m pulang kerumah Sri Gombak. Mandi dan tidur.


25/10/2009(Sunday)- ikutkan jadual Fath tiada untuk majlis ini kerana Fath harus bekerja seperti biasa. Oleh kerana atas permintaan Makcik Ton (Mak sedara) maka Fath bersetuju untuk menghadirkan diri dimajlis bersanding dirumah lelaki pula iaitu di Selayang berhampiran Selayang Mall. Sebelum bertolak datang seorang jejaka yang akan membawa pengantin datang dekat meminta talifon Fath untuk meminjam seketika, walhal itu adalah tektik biasa dan lama untuk mengambil nombor talifon secara gentle (konon nya la) haha. Ye kan sahaja.Tepat jam 1.30 p.m lebih kurang 13 biji kereta mengikut rombongan ini dan kami semua adalah rombongan dari pihak keluarga perempuan. Seronok ikut rombongan ini..meriah jalan raya dibuatnya. Tepat jam 2 p.m kami selamat tiba dirumah kelurga lelaki , kami disambut dengan baik oleh mereka di mulakan dengan paluan kompang diikuti aksi silat pengantin ,acara makan bagi kami dan aktiviti tepung tawar dilakukan dengan baik, kali ini kali ke-2 Fath menepung tawar pengantin , tidak kekok mahupun malu, tidak tahu malu adalah..terus menyalam semua ahli rombongan tadi dan berangkat terus ke kantor.Walaupun lewat 1 jam ke kantor tapi segalanya berbaloi.

Disini Fath ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat sepupu sebaya ku, Fira dan suaminya Aloit, semoga bahagia sehingga akhir hayat.amin. Terima kasih juga pada Enya telah menemani Fath dan mengisi masa bersama-sama sebelum , semasa dan selepas majlis berlangsung. Terima kasih pada yang lain yang telah bertungkus lumus dan menolong menjaya kan majlis perkahwinan pasangan pengantin ini. Semoga kita semua berjumpa lagi nanti, insyaAllah.

No comments: