Saturday, May 8, 2010

Gastric

ubat a.k.a pembaik pulih perut ku

08/05/2010(saturday)- Today Fath nak jadi doktor pakar sakit puan. eh! bukan. pakar sakit perut ye..perut.perut yang ada 6 packs tu cantik kan..perut buncit tu comel kan..kahkah.hey! baiklah..gastrik. bunyi macam sakit perut biasa je kan. tapi kena kat korang,korang akan tahu sakitnya tahap nyawa dihujung tanduk lembu.-Fath tak doakan korang kena this penyakit, jangan bengis ok.i just wanna share this topic cos Fath sedang mengalaminya. Dah lama dah kena gastrik ni since praktikal lagi (3 tahun lalu), tapi

datang jarang2 je & bedal ubat kapur ok la.Last year start teruk, Fath dirawat dihospital, tahap kana masukkan ubat gastrik (kuat) kedalam saluran darah.Bawah ni gamabar semasa dihospital.

petikan gambar ku last year

Tak salah hujung tahun lepas sampai tahap muntah2..tengah kerja pula tu ,memang kelakar la, Deng juga ada menemani ku sepanjang di klinik selepas tu, thanks for that again...ish2 teruk benar aku ni..Bermula lagi last week semasa tengah shooting didalam hutan ok. oh azab tu.. kalau nanti u all tengok lakonan Fath macam teran something , scene tu la Fath tengah sakit.haha!!macam biasa klinik la, dapat ubat lagi...habis ubat je ok la..selang beberapa hari kena balik.Pasal apa nih cik? jadual makan x betul, pengambilan makanan tak seimbang mungkin, tak cukup tidur, stress, hilang selera makan..on 02 may mula gastrik teruk..boleh pula ku tahan selama 3 hari, cos ingat sakit lain, on 05 may dah tak tahan terus tabah ke klinik berhampiran, sah! ulser perut iaitu gastrik tahap 2. iaitu kronik.(baca lagi sampai habis ok)

terdiam kejap bila doktor kata ku perlu ambil ubat jenis OMEPERAZOLE setiap hari selama 2 bulan, dan harus menjalani rawatan seminggu sekali. Perut ku terluka.ikut sahaja la, janji pulih seperti biasa.Dibawah ni petikan yang Fath dapat dari beberapa sumber.Baca lah sebagai pengatahuan u all.

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis-adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.


Punca-punca lain gastrik:

  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stress (secara tak langsung boleh menyabakan penyakit ini)
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.

Gastritis terbahagi kepada 2 :-

  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

Tanda-tanda

Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:

  • sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut

  • rasa pening kepala.

  • mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.

  • muntah.

  • badan rasa lemah lesu.

  • berat badan menurun.

  • najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah)

Langkah-langkah boleh anda lakukan

Langkah-langkah untuk melegakan penyakit ulser perut ini termasuklah:

  • makan yang kerap. Ambil makanan ringan antara makan utama. Ini untuk mengelakkan perut daripada kosong.

  • rehat yang lebih.

  • jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadinya atau memburukkan lagi ulser (sila rujuk di atas).

  • pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.

  • ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut.

  • tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan.

  • pengambilan probiotik (bakteria baik) hendaklah diamalkan.

Ubat-ubatan yang boleh diambil

Antara ubat yang selalu diberikan untuk melegakan gastrik ialah :

  • antacids. Ubat-ubat ini melawan asid (anti-asid). Antara jenama terkemuka ialah seperti Actal, Gelusil, Mylanta, dsb. Antacids yang mengandungi aluminium boleh menyebabkan sembelit manakala yang mengandungi magnesium boleh menyebabkan cirit-birit sekiranya diambil berlebihan. Ubat-ubat ini selalunya dalam bentuk cecair atau tablet yang dikunyah. Antacids adalah ubat-ubatan yang selalu diberikan sekiranya anda mengambil ubat-ubat tahan sakit, dan penggunaannya dalam keadaan ini boleh menghalang berlakunya gastrik.

  • H2receptor antagonists seperti Zantac (Ranitidine), Tagamet (Cimetidine), Axid (Nizatidine) dan Pepcidine (Famotidine) - dalam kurungan adalah bahan aktifnya.

  • proton pump inhibitors seperti Losec (Omeprazole) dan Lansoprazole.

  • prostaglandin analogues seperti Cytotec (Misoprostol).

  • ubat-ubat terbaru untuk merawat ulser ini adalah bertujuan untuk membunuh H. pylori. Pengambilannya hendaklah diteruskan selama satu hingga dua minggu. Antara rawatan yang popular ialah pengambilan Losec (Omeprazole) bersama-sama dengan Clarithromycin dan Metronidazole selama dua minggu. Ketiga-tiga ubat ini diambil sekali.

Ulser didapati sering berulang-ulang terutama sekiranya H.pylori tidak dibunuh. Dalam erti kata lain, pengambilan ubat-ubatan selain daripada yang boleh membunuh bakteria H. pylori adalah sebagai langkah yang berterusan. Pesakit yang mengambil ubat untuk membunuh bakteria H. pylori selalunya (90%) tidak lagi mengalami masalah ulser selepas itu.

Kajian terkini mendapati ada kaitan antara H. pylori dengan kejadian kanser perut. Di Colombia dan China, di mana kehadiran H. pylori dalam usus adalah biasa, peratusan yang menghidapi kanser perut adalah tinggi.

H. pylori boleh berjangkit melalui air minuman dan pemakanan. Ia juga boleh berjangkit melalui air liur (seperti bercumbuan).

Sekiranya ulser tidak dikawal ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk lagi:

  • haemorrhage iaitu pendarahan dalaman yang teruk. Akibatnya pesakit akan kehilangan banyak darah. Pesakit juga mungkin muntah darah dan mendapati darah dalam najis mereka.

  • lubang akan terbentuk di dalam lapisan usus. Ini boleh menyebabkan acute peritonitis dan memerlukan pembedahan segera.

  • perjalanan makanan dalam usus boleh terhalang bila terdapat parut hasil daripada ulser tersebut. Ini menyebabkan pesakit muntah dan boleh menurunkan berat badan.

p/s: Apa yang terjadi pada Fath dijadikan peringatan pada yang lain, cegah lebih baik dari mengubati kan, banyak kos nak ditanggung nanti. Jangan stress tu macam payah kan..tapi cuba2 lah kurangkan.For me..hati sihat, insyAllah semua boleh sihat.Apa pun Thanks to my family, kawan2 & kenalan yang mengambil berat perihal Fath.Keperihatinan mereka sedikit sebanyak buat ku lebih semangat.love them.xoxo.

No comments: