Thursday, May 14, 2009

Kak Mira kahwin sudah!


Selamat Pengantin Baru .semoga bahagia sampai akhir hayat.

post by Enya



07/05/2009(thursday)-Cuti!!Akan tetapi Fath bekerja juga untuk bidang kedua Fath,modelling.Photoshoot kali ini adalah untuk majalah Perempuan bagi memperagakan koleksi busana-busana dari butik Zaiton Alias.Kali ini photoshoot dilakukan di rumah Kak Ton.Apa yang menarik kali ni Fath digandingkan dengan model sunsilk(futsal).Teruja sangat.Lagi menarik nama model tersebut sama dengan Fath cuma ejaan sahaja yang berlainan.fatiya @tiya.thiah yang baru berusia 22 tahun penuntut ijazah jurusan undang-undang di Uitm,shah Alam.Kami sekepala dan kecoh sangat.haha!!Gambar semasa photoshoot kemudian Fath upload kan sebab tidak dapat lagi gambarnya.Maka Fath upload kan terlebih dahulu gambar-gambar semasa majlis akad nikah Kak Mira.Iaitu pada hari yang sama pada malamnya.
detik-detik penantian sebelum di ijab kabulkan.

Lihatlah make-up Fath tidak sempat buang pun.Terima kasih kepada Chomel(make-up artist)telah mencantik kan Fath seharian.Kak Mira adalah sepupu Enya disebelah bapanya.Fath ini sepupu Enya di sebelah ibunya.Apa yang berkait lagi adalah ibu Kak Mira adalah sepupu kepada isteri abang tiri mama Fath dan ummi Enya.Faham?buat-buat Faham la ye...

comel tak mak orang ni..

Aktiviti makan itu adalah semestinya.Berborak dan bergambar menjadi kewajiban.


Lihat lah kami merasmikan terlebih dahulu katil pengantin.Jangan ikut ya.

No comments: