Thursday, May 28, 2009

Damn!!she's spy on me


Terus hilang kepercayaan terhadap seorang 'perempuan' ini.Siapakah dia?shhh...tidak boleh diberitahu.Dia bukan lah dikalangan kawan-kawan Fath tetapi di adalah diantara orang disekeliling Fath dan juga kami mempunyai hubungan perkenalan yang baik.Tidak sangka bukan lah ungkapan yang pertama dalam kes yang sama.Ish!!susah betul jikalau sejantina sudah menjadi rapat ni.Dari dahulu hingga kini Fath memang tidak rapat dengan kawan perempuan mesti musnah akhirnya.mungkin Fath selalu lepas pandang disebalik kebaikan mereka lemparkan itu penuh dengan makna tersirat.Mungkin juga Fath selalu memandang positif setiap apa yang berlaku.Barang kali rasa curiga itu perlu.Itu mungkin kelemehan Fath dalam setiap persahabatan mahupun hubungan dimana terlalu percayakan orang.Akan tetapi Fath sememangnya tidak akan memberi peluang kedua apabila malang itu terjadi.Harap maaf ya..Fath memang keras hati bila kecewa.

Apa yang peliknya..rasa kecewa mahupun marah bercampur sedih akan membuatkan Fath agresif untuk bekerja.Jikalau di tempat kerja mahupun dirumah sudah pasti Fath akan mengemas dan membersihkan apa sahaja sehingga bersih dibuatnya.Berdiamkan diri sambil melakukan kerja-kerja itu membuatkan rasa lega datang kemudiannya.Baguskan.Apabila Fath mengalami perasaan sedemikian lagi ..apa lagi ajak la Fath datang rumah confirm kemas terus rumah.hahaha!!

Dapat luahkan sedikit di blog ni pun kira sudah memadai...kepada sesiapa sahaja diluar sana jangan percayakan orang sangat.jikalau mereka baik sangat perlu berhati-hati ye..mana lah tahu jangan biarkan ia berlaku.Have a nice day!

1 comment:

:: Husniyyah Alhusna :: said...

sape ni babe?
cite la nanti...