Saturday, September 6, 2008

Wheelchair Tennis Malaysia (13 June 2008)


Terkejut Fath dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan antara artis dan pemain pra limpik tennis Malaysia. Fath datang untuk digolongkan bersama-sama kumpulan artis. Tetapi Fath tidak menganggap diri Fath ditempat mereka cuma Fath salah seorang model dijemput bagi menjayakan lagi perlawanan tersebut. Tepat pada pukul 8.00 pagi Fath dan PA a.k.a cousin,(Enya) tiba di stadium tennis jalan Duta. Fath datang dengan serba serbi pink perlu ditukar dengan baju yang disediakan oleh pihak penganjur. Tiada rasa kekok bagi Fath apabila berjumpa dan menegur semua artis yang hadir kerana mungkin Fath menggangap semua sama sahaja. Apabila latihan dan regangan badan dimulakan Fath tidak merasa kekok langsung, kerana tenis sudah menjadi aktiviti sukan kegemaran Fath sejak dari umur 15 tahun lagi. Sehingga Fath dapat dikesan oleh coach disitu bahawa Fath mempunyai beberapa skills sebagai pemain tenis. Tidak hairan lah apabila Fath diumumkan sebagai pemain wanita harapan untuk golongan artis. Tetapi kami semua kalah ditangan pemain profesional. Bagaimanapun ini adalah pengalaman dan titik permulaan bagi Fath memperluaskan dunia seni Fath sebagai model. Pada hari tersebutlah Fath bertemu dengan Ainul Aishah,baik dan kami keep in touch sampai sekarang,seorang lagi Haziq,walaupun kami tak berborak @ menukar no. phone tetapi ia telah bermula dengan perkenalan beliau dengan PA Fath secara tidak langsung. Lebih kurang pukul 5.00ptg tamat la perlawanan tersebut.Hari tersebut adalah hari yang manis bagi Fath.

Antara artis yang hadir dari kiri Farhan,Bella, Bienda,Fath dan Fifie.

















dengan fifi














Ainul aishah@ain..ni la rakan sepasukan Fath. Walaupun dia tak pandai main langsung tapi dia memang 'sporting' giler.











dengan ebi














*segala dikemas kini kembali kerana terdapat masalah teknikal yang berlaku.