Friday, September 5, 2008

Audition 'pencarian gadis melayu' tv9.


Pada 03 august 2008,ahad. Fath pergi ke audition di Sri Pentas,Bandar Utama. Ditemani oleh Enya(PA n cousin),maton (cousin) n Engku(PA 2 a.k.a jiran n kawan) .Sebenarnya tak rancang pun untuk pergi ke audition tu..apatah lagi untuk membuat persiapan, sebab Fath tak tengok pun iklan audition tu kat tv. Enya@PA Fath paling bersemangat suruh Fath masuk. Kebetulan Fath dapat cuti hari tu maklum la kerja Fath cuti tak menentu.

Sampai disana pun agak lewat dalam tengah hari, ini adalah satu pengalaman bagi Fath apabila pertama kali menyertai audition untuk program realiti tv. Memang memenatkan n bosan apabila menunggu berjam2 lamanya...nombor giliran Fath pulak no.83,pukul 5.30 ptg baru 'turn' Fath.Syukur alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar sepanjang Fath audition, walaupun agak gementar di depan pengkritik tetapi Fath masih boleh lagi tersenyum dan bercakap dengan baik didepan mereka dan juga kamera. Mungkin Fath sudah biasa bercakap depan kamera.

Sama seperti yang Fath rancangkan pukul 6 adalah waktu Fath,enya,maton dan Haziq bermain tenis di stadium tenis,jalan Duta. Sebab Fath dah 'booking'.Sesudah habis Fath audition kami terus gerak ke stadium dan jumpe Haziq disana.


Pada 20/08/2008 adalah hari paling gembira pabila pihak tv9 menalifon Fath bagi memaklumkan bahawa Fath berjaya melepasi pusingan pertama bagi permilihan top 50.Apa kan daya memang bukan rezeki Fath untuk program tu nanti., Fath tak melepasi pusingan berikutnya..walau bagaimanapun Fath memang tidak boleh mengikuti syarat program tersebut yang menempatkan peserta disuatu tempat selama 3 bulan tanpa bekerja. Oooo...Fath banyak kerja. Fath akan saksi kan bagaimana program tu nanti di tv9.


Datang register je terus kena interview dengan krew2 'pencarian gadis melayu'





1 comment:

Melati said...

i penah pegi audition untuk astro oasis, rtm, betul menunggunya punyala lama... huhuuhu, lepas tu tak dapat, its oke sebab i gained knowledge & xprienced from there, meet new people, make friends =)