Tuesday, September 23, 2008

Photoshoot-Emas Sri Pinang


Pelan 'photoshoot'




Pada 03rd September 2008, Tepat pada pukul 9.30 am Fath sampai di destinasi di mana 'photoshoot' di jalankan di Cat photo House,Dataran Prima Petaling Jaya.


Fath agak hairan apabila menerima panggilan talifon dari seorang 'agent modelling',Krist. Beliau memberitahu bahawa Fath di tawarkan untuk menjadi model billboard commercial Emas Sri Pinang, bukan apa dalam waktu terdekat Fath tak pergi mana-mana 'casting',tetiba dapat tawaran agak pelik...
Apabila diterangkan baru Fath faham tetapi masih menjadi tanda tanya dari mana beliau mendapat profile Fath.Pada hari 'photoshoot' tu la semua pertanyaan terjawab. Krist menemui profile Fath di Dmo Production (dimana Fath pernah 'casting' dan buat tvc commercial -garnier) . Yang membuatkan Fath agak terkejut apabila salah seorang 'designer'(Nik) Emas Sri Pinang memberitahu dia pernah menemui Fath sebelum ini di majlis kenduri kahwin kakak kawan kami,Ory.Thanks Ory.Thanks juga kepada Haziq yang sudi datang menemani Fath sejurus beliau habis kelas di LimKokWing,Cyberjaya.Walaupun Sekejap selama 2 jam,Fath sangat hargainya.Ini lah dinamakan kawan tolong kawan.



Segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada kekurangan apabila pihak Emas Sri Pinang tidak menyediakan baju untuk Fath, Fath hanya membawa baju yang tersedia ada seperti mana yang disuruh oleh Krist.Ini kerana photoshoot pertama buat Emas Sri Pinang dengan menggunakan model.Alhamdulillah semua orang memberi komitmen yang bagus sekali. 'Photoshoot' yang bermula pada pukul 12 tgh dan berakhir pada pukul 6.45 ptg. Ini adalah' photoshoot' paling lama yang pernah Fath dapat. Mungkin ada lagi selepas ini. Tetapi tidak mengapa kerana pada hari itu Fath tidak boleh berpuasa, maka tenaga tu ada. Fath juga suka kan pengalaman biarlah bayaran tidak mahal dan tidak lumayan tetapi pengalaman yang bermula dari bawah adalah penentu segalanya.

2 comments:

:: Husniyyah Alhusna :: said...

ni artis ke?
kekeke..

:: Husniyyah Alhusna :: said...

cantheq gambo..
takpe2..nya pon leh jd cam akk.. lambat cepat je kot..
papepon..moga akk bhagia....